
Bila terkenangkan tidak lama lagi hari jadi ibu bakal tiba, mesti kita akan mula rasa tidak sabar kan? Ye la. Inilah salah satu daripada hari bahagia buat dirinya. Jadi, mestilah kita nak berikan sebuah hadiah yang terbaik untuk ibu supaya senyuman manis dapat diukir pada wajahnya.
Biasanya bila part memilih hadiah ni, mulalah kita kehilangan idea. Tak tahu apa yang terbaik untuk diberikan kepada ibu. Betul kan? Kalau boleh kita nak setiap kali kita berikan hadiah hari jadi untuk ibu, ia akan sentiasa menjadi hadiah yang paling bermakna buatnya.
Contoh Hadiah Hari Jadi Untuk Ibu
Jangan risau. Kami akan bantu anda untuk memilih apa hadiah hari jadi untuk ibu yang paling sesuai. Kami akan berikan anda beberapa contoh hadiah hari jadi untuk ibu supaya anda boleh membuat pilihan yang terbaik dan paling sesuai untuk ibu tercinta.
Lagi satu, ia juga sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah hari jadi untuk ibu mertua juga.
Jom baca!
Kenali Minat Ibu
Haa.. Kalau anda tahu apa minat ibu anda, mungkin ia akan menjadi sedikit mudah untuk anda mencari hadiah hari jadi buatnya. Dibawah ini idea hadiah berdasarkan minat yang anda boleh berikan kepadanya.
a. Mesin Jahit

Kalau ibu anda minat menjahit, belikanlah mesin jahit yang lebih terkini kepadanya. Ada banyak model yang anda boleh pilih bergantung pada bajet anda. Jangan risau. Shopee kan anda. Sebelum tu, gunakanlah Google untuk melihat review bagi memastikan anda membeli yang terbaik buat ibu anda.
b. Set Berkebun

Ramai sekarang ini yang memilih berkebun sebagai hobi baru mereka. Maklumlah kan musim-musim PKP ni tak boleh nak kemana-mana. Jadi, perlulah cari hobi baru yang boleh dilakukan. Set berkebun sangat sesuai untuk ibu anda kerana ia kelihatan lebih tersusun, fancy dan moden. Barulah ibu anda menjadi lebih bersemangat.
c. Biji Benih Bunga

Ibu-ibu biasanya sangat suka dengan bunga. Apa kata anda belikan ibu anda biji benih bunga? Pilih biji benih bunga-bunga kesukaannya supaya apabila bunga tersebut mekar nanti, lebih mekar jugalah senyuman ibu anda. Hadiah hari jadi untuk ibu jenis ini termasuk dalam kategori yang lebih jimat.
Anda juga boleh berikan biji benih sayur-sayuran dan lain-lain yang bersesuaian dengan minatnya. Pastikan ia lebih kepada minat yang menyihatkan supaya bukan sahaja hadiah anda itu mampu mengukir senyuman malah ia juga dapat memastikan ibu anda kekal sihat.
Berikan Ketenangan
Tubuh badan ibu anda pastinya tidak lagi sama seperti dahulu dimana sekarang ini dia menjadi semakin mudah untuk berasa letih, lenguh dan sakit-sakit badan. Jadi, idea hadiah hari jadi untuk ibu seterusnya ini lebih sesuai untuk memastikan ibu anda lebih tenang dan selesa.
a. Pengurut Kaki

Mesin pengurut kaki sangat sesuai untuk anda berikan kepada ibu anda sempena hari jadinya. Ia akan memberikan satu sensasi ketenangan dan kelegaan yang sangat diperlukan oleh ibu anda.
b. Set Aroma Oil

Set ini akan memberikan aroma yang menenangkan untuk ibu anda. Pastinya minda dan fikiran ibu anda juga akan menjadi lebih tenang. Sudah lama ibu berpenat lelah melayan kerenah kita. Kini, berilah masa untuk dirinya bertenang dengan sebaik mungkin.
c. Kerusi Urut

Buat anda yang lebih berkemampuan, apa kata anda hadiahkan kerusi urut buat ibu anda. Senang. Satu badan terus akan rasa selesa. Setiap kali ibu berasa lenguh dan sakit badan, duduk dan sandar sahaja. Biar kerusi tersebut jalankan kerjanya.
Buat Ibu Bergaya
Anda juga boleh buatkan ibu anda lebih bergaya dengan hadiah yang akan diberikan oleh anda. Ada banyak sebenarnya idea hadiah hari jadi ibu yang termasuk dalam kategori ini.
a. Barang Kemas

Sekarang dah jadi trend untuk orang ramai hadiahkan barang kemas kepada ibu. Bagus sebenarnya kerana barang kemas merupakan barang yang tidak susut nilai. Makin lama, nilainya juga makin mahal.
b. Tudung

Mungkin dah lama ibu anda tak sempat untuk keluar membeli tudung baru. Ye la. Kebanyakan masanya mereka lebih mengutamakan kita sampai terlupa untuk membeli barang untuk mereka sendiri. Jadi, apa salahnya kalau kita hadiahkan tudung baru kepada ibu sebagai hadiah hari jadi untuk ibu.
c. Jam Tangan

Pemilihan aksesori seperti jam sebagai hadiah hari jadi untuk ibu sebenarnya merupakan diantara hadiah yang terbaik kerana ibu akan sentiasa memakai jam tersebut. Lebih baik daripada hadiah yang boleh digunakannya sekali sekala atau sekali sahaja.
Kalau anda rasa senarai hadiah hari jadi untuk ibu diatas belum mencukupi untuk anda, anda boleh juga hadiahkan pakaian, kasut, beg tangan atau lain-lain yang anda rasakan sesuai.
Jika anda ingin membawa ibu untuk keluar makan yang sedap-sedap pun boleh juga. Tapi, pastikan ia bukanlah makanan yang akan membahayakan kesihatannya kerana kebanyakan makanan yang viral masa kini bukanlah dalam kategori makanan sihat.

Benar bahawa kita ingin meraikan hari bahagia ibu. Tapi jangalah sampai menjadi punca ibu anda mendapat masalah kesihatan. Okay?
Nak lagi best, sewaktu anda bawa ibu anda keluar makan, berpakatlah dengan pekerja kedai tersebut untuk memberikan kejutan kepada ibu anda. Jangan risau. Kalau anda perlukan servis surprise planner di Segamat, Oh Balloon ada untuk membantu anda.
Bayangkan wajah ibu yang pada mulanya terkejut, kemudian tersenyum dan akhirnya terharu dengan apa yang kita berikan kepadanya. Sebab itulah kita kena berikan hadiah hari jadi terbaik untuk ibu.

Apapun, ia bukanlah bermaksud hadiah tersebut perlu berada dalam kategori harga yang mahal sahaja. Apa-apa jenis hadiah tanpa mengira harga pastinya akan tetap bernilai pada pandangan mata seorang ibu.
Selain itu, jangan lupa juga untuk menitipkan doa buat dirinya agar dia terus diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia, sentiasa berada di dalam perlindungan-Nya dan dianugerahkan syurga di sana nanti.
Sekian sahaja perkongsian kali ini mengenai hadiah hari jadi ibu. Semoga apa yang kami kongsikan ini mampu untuk memberikan manfaat buat anda. Anda boleh jadikan juga apa yang kami kongsikan ini sebagai panduan untuk anda memilih hadiah hari jadi untuk ibu anda.