fbpx

Keselamatan, kesihatan anda dan krew sekeluarga adalah keutamaan kami.

Berdasarkan statistik, banyak kluster datangnya dari tempat kerja manakala kerja delivery surprise ini pula memang terdedah dengan risiko yang tinggi kerana kami perlu bergerak ke serata tempat dan lokasi.

Kes pula setiap hari semakin meningkat dan semakin membimbangkan. Ternyata sehingga kini masih belum nampak ada tanda-tanda yang ianya akan berkurang.

Setiap kali krew bergerak keluar untuk menyempurnakan tugasan pasti saya mula risau dengan keadaan mereka. Risau dengan keselamatan dan kesihatan mereka. Tak tentu arah dibuatnya. Sentiasa sahaja saya memanjatkan doa agar Tuhan lindungi pergerakan mereka.

Dalam masa yang sama risau juga jika tak berniaga.
Macamana nak bayar gaji?
Macamana nak sara keluarga?
Macamana nak bayar utiliti?
Macamana nak bayar sewa?
Bayar pinjaman dan lain-lain keperluan setiap bulan.

Keliru bila difikirkan.

Apabila kerajaan dah putuskan untuk ‘Lockdown’ sepenuhnya mulai 1 Jun 2021, terus saya ambil masa sedikit untuk adakan perbincangan bersama krew berkaitan situasi terkini.

Alhamdulillah akhirnya telah dapat kata putus secara bersama bahawa sama ada diberi kebenaran atau tidak, perkhidmatan delivery surprise Oh Balloon DITANGGUHKAN sementara waktu mulai 1 Jun 2021 sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Semoga dengan penangguhan ini dapat mengurangkan pergerakan kami keluar dari rumah bagi membantu KKM mengurangkan penularan wabak Covid19.

Ayuh sama-sama kita bantu KKM untuk kurangkan pergerakan di seluruh negara.

We will be happy to hear your thoughts

Leave a reply

Logo
Register New Account
Reset Password