fbpx

Hadiah Hari Jadi Untuk Isteri – Idea Menarik Untuk Hari Istimewa

Hari jadi isteri pastinya akan menjadi salah satu hari yang membuatkan para suami tidak dapat duduk diam. Ye la kan. Untuk mencari hadiah hari jadi untuk isteri bukanlah suatu perkara yang mudah.

Bukanlah bermaksud ia menyusahkan. Jangan salah faham. Ia sebenarnya lebih kepada ingin memberikan yang terbaik buat isteri yang telah berkorban segala-galanya sepanjang melayari bahtera rumah tangga bersama-sama selama ini.

Jadi, bagi membantu para suami di luar sana untuk mendapatkan idea hadiah hari jadi untuk isteri, kami akan kongsikan beberapa idea menarik. Semoga bermanfaat untuk anda para suami!

Hadiah Hari Jadi Untuk Isteri – Barang Kemas

Sebenarnya memang tidak dapat dinafikan bahawa hadiah hari jadi yang paling mudah yang boleh difikirkan oleh para suami sebagai hadiah hari jadi adalah barang kemas. Tapi, jenis barang kemas apa yang paling sesuai ye?

1. Anting-Anting

Hadiah Hari Jadi Untuk Isteri

Kalau orang lelaki, sebut anting-anting mungkin tak berapa nak jelas apa sebenarnya. Tapi kalau sebut subang? Haa.. Confirm tahu kan. So, anting-anting merupakan di antara idea hadiah hari jadi yang anda boleh berikan.

2. Cincin

Hadiah Hari Jadi Untuk Isteri

Selain itu, anda boleh juga berikan cincin sebagai hadiah untuk isteri anda. Kotak cincin tu pun dah cukup cantik dan menarik. Jadi, anda dah tak perlu lagi untuk fikirkan kotak hadiah bagaimana yang anda perlu pilih dan balut.

3. Gelang

Hadiah Hari Jadi Untuk Isteri

Kalau nak sebut berkenaan barang kemas sebagai hadiah hari jadi, mana boleh kita terlupa berkenaan gelang kan? Ia pasti akan disambut dengan senyuman indah daripada isteri anda.

4. Rantai

Hadiah Hari Jadi Untuk Isteri

Satu lagi jenis barang kemas yang anda boleh jadikan sebagai hadiah hari jadi untuk isteri anda adalah rantai. Apa yang lebih romantik dari saat anda memakaikan rantai tersebut di lehernya?

Hadiah Hari Jadi Buat Isteri – Fesyen

Untuk idea hadiah hari jadi seterusnya, anda boleh memilih salah satu daripada aksesori yang ada pada fesyen. Jom kami kongsikan idea hadiah tersebut kepada anda.

1. Tudung

Hadiah Hari Jadi Untuk Isteri

Kalau anda nak tahu, zaman sekarang ini terlalu ramai seller tudung yang menjual tudung sekali dengan gift box yang cantik dan menarik. Tak cukup dengan itu. Mereka juga menawarkan harga kombo atau pakej yang sangat menguntungkan. Bukan sahaja anda dapat berikan hadiah yang eksklusif dan lebih daripada sehelai, anda juga akan dapat selesaikan masalah membalut hadiah dengan gift box exclusive yang diberikan.

2. Kasut

Hadiah Hari Jadi Untuk Isteri

Haa.. Kalau anda rasa isteri anda dah lama sangat gunakan kasut yang sama, apa kata anda belikan dirinya kasut yang baru? Mesti dia akan tersenyum gembira kerana dia boleh pakai ke mana-mana.

3. Purse

Purse atau dompet wanita juga boleh dijadikan hadiah hari jadi untuk isteri yang menarik. Pasti dia akan sangat sukakannya kerana purse boleh dibawa ke mana-mana ketika keluar.

4. Beg Tangan

Hadiah Hari Jadi Untuk Isteri

Selain daripada barang kemas, beg tangan juga merupakan salah satu daripada barang yang menjadi kegilaan para wanita. Sekalipun isteri anda bukanlah jenis yang suka membuat koleksi beg tangan, pasti dia akan tetap gembira jika anda hadiahkan beg tangan kepadanya.

Hadiah Hari Jadi Untuk Isteri – Kecantikan

Selain daripada barang kemas dan juga barang atau aksesori fesyen, anda juga boleh berikan isteri anda hadiah berasaskan kecantikan. Nak tahu apa yang termasuk dalam kategori ini? Jom baca!

1. Set Alat Solek

Hadiah Hari Jadi Untuk Isteri

Alamak. Kalau anda berikan hadiah ini kepada isteri anda, bersedialah untuk menerima senyuman yang teramat manis daripadanya. Bukan itu sahaja. Pastinya isteri anda juga akan lebih bersemangat untuk tampil bergaya. Barulah betul kan tugas anda sebagai seorang suami untuk pastikan isteri anda sentiasa yakin dengan kecantikan dirinya dan kekal cantik.

2. Rak Barangan Kosmetik

Hadiah Hari Jadi Untuk Isteri

Kalau anda lihat isteri anda tidak mempunyai tempat yang spesifik untuk menyimpan segala barangan kosmetik miliknya, mungkin rak barangan kosmetik ini akan menjadi hadiah hari jadi untuk isteri yang paling bermakna buatnya.

3. Set Pencuci Muka

Hadiah Hari Jadi Untuk Isteri

Kalau anda nak isteri anda kekal cantik dan menawan, andalah yang perlu membantu dan memberikan yang terbaik buat dirinya. Apa kata mulakan dengan set pencuci muka sebagai hadiah hari jadi untuk isteri anda.

Hadiah Hari Jadi Untuk Isteri – Kesihatan

Ada banyak juga sebenarnya hadiah untuk isteri sempena hari jadi yang anda boleh berikan selain daripada apa yang dinyatakan diatas. Antaranya adalah hadiah untuk kesihatan dirinya. Nak tahu apa yang termasuk dalam kategori ini?

1. Kasut Sukan

Hadiah Hari Jadi Untuk Isteri

Jadilah suami yang bukan sahaja inginkan isteri anda sihat dan cantik luaran semata-mata dan mengabaikan kesihatan dan kecantikan dalaman. Dengan adanya kasut sukan, pasti isteri anda akan lebih rajin untuk bersenam.

2. Jumping Rope

Hadiah Hari Jadi Untuk Isteri

Sekarang kan tengah menjadi trend bersenam dengan jumping rope. Jadi, apa kata anda bawa isteri anda untuk sama-sama bersenam dan mengikut trend ini. Mungkin anda boleh sekalikan dengan kasut sukan.

3. Smart Watch

Hadiah Hari Jadi Untuk Isteri

Ada banyak jenama yang mengeluarkan smart watch sekarang ini. Jadi, anda boleh memilih yang mana paling sesuai dengan isteri anda. Bestnya mengenai smart watch ini adalah isteri anda boleh keep track dengan beberapa perkara seperti kadar degupan jantung, jumlah langkah harian dan banyak lagi untuk kebaikan kesihatannya.

Hadiah Hari Jadi Buat Isteri – Hobi

Idea seterusnya pula untuk hadiah hari jadi untuk isteri adalah jenis yang termasuk dalam kategori hobi. Ia boleh jadi apa sahaja dan anda pilihlah hadiah yang sesuai dengan hobinya itu.

1. Bread Maker

Hadiah Hari Jadi Untuk Isteri

Buat isteri yang suka membuat kek atau roti, mungkin hadiah bread maker akan menjadi salah satu daripada hadiah yang sesuai untuk diberikan. Ia bukan sahaja akan memudahkan kerjanya untuk membuat roti, ia juga pasti akan mengukir senyuman bahagia di wajahnya kerana anda menghargai hobi dan minatnya.

2. Set Pisau Dapur

Hadiah Hari Jadi Untuk Isteri

Kalau isteri anda suka memasak, set pisau dapur pasti boleh dijadikan hadiah yang sesuai. Untuk pengetahuan anda, orang perempuan ni akan lebih suka kalau ada pisau yang spesifik untuk setiap jenis potongan. 

3. Set Berkebun

Hadiah Hari Jadi Untuk Isteri

Makin ramai sebenarnya yang semakin suka untuk berkebun tanpa mengira usia. Jika isteri anda merupakan salah seorang daripada mereka yang suka untuk berkebun, berikanlah set berkebun sebagai hadiah hari jadi untuk isteri.

4. Set Melukis

Hadiah Hari Jadi Untuk Isteri

Jangan ingat kanak-kanak je yang suka jika mendapat set untuk melukis sebagai hadiah. Jika isteri anda suatu masa dahulu sangat suka melukis dan mewarna namun kini tidak lagi berkesempatan untuk melakukannya, berikanlah set ini sebagai hadiah. Ia boleh menjadi satu bentuk terapi yang baik buat isteri anda.

5. Koleksi Buku

Hadiah Hari Jadi Untuk Isteri

Anda mesti tahu samada isteri anda suka membaca atau tidak kan? Haa.. Apa kata anda beli set buku daripada siri atau penulis kegemarannya untuk dijadikan hadiah hari jadi untuk isteri.

6. Set Menjahit

Hadiah Hari Jadi Untuk Isteri

Ramai juga sebenarnya para isteri sekarang ini yang mempunyai hobi menjahit. Jadi, apa kata anda berikan set menjahit kepadanya untuk memudahkan lagi dirinya melakukan hobi kegemarannya.

Hadiah Hari Jadi Buat Isteri – Surprise

Hadiah Hari Jadi Untuk Isteri

Lebih seronok lagi apabila kita dapat buat kejutan sempena hari jadi isteri. Jika untuk penghantaran di Segamat anda boleh sahaja hubungi kami untuk langgan pakej surprise yang disediakan. Anda juga boleh sertakan hadiah lain untuk dikirimkan bersama semasa penghantaran. Whatsapp sahaja krew Oh Balloon di sini. Mudahkan untuk buat isteri happy?

Rasanya itu sahaja untuk perkongsian kali ini mengenai hadiah hari jadi untuk isteri. Kami harapkan segala idea yang dikongsikan ini akan memberikan banyak manfaat untuk anda dan memudahkan urusan anda untuk memilih hadiah yang paling sesuai.

We will be happy to hear your thoughts

Leave a reply

Logo
Register New Account
Reset Password