
Bila tiba saat kita untuk memberikan hadiah kepada sesiapa pun, masalah paling utama yang kita akan hadapi adalah idea hadiah apa yang sesuai untuk diberikan. Ingatkan bila dah dapat pilih dan beli hadiah, setel semua masalah.
Rupanya ada masalah yang sama besar dengan idea hadiah apa yang sesuai nak diberikan iaitu masalah untuk balut hadiah tersebut. Tambah pula jika kita ingin hadiah kita itu kelihatan lebih menonjol dan lain dari yang lain.
Sebab itulah kali ini kami akan kongsikan dengan anda cara dan idea balut hadiah yang menarik dan kreatif. Selamat mencuba!
Balut Hadiah Kreatif Cara Jepun
Untuk bahagian pertama, kami bukan sahaja nak tunjukkan anda cara untuk balut hadiah cantik sahaja. Kami boleh katakan bahawa cara ini termasuk dalam cara balut hadiah yang sangat pantas. Cara ini juga sesuai untuk balut hadiah kotak. Memang tak dinafikan bahawa cara ini sangat pantas dan dapat menjimatkan masa anda. Jom cuba!
Langkah-langkah:
1. Lipat & Tahan
Posisikan kotak seperti didalam gambar dimana anda akan mempunyai ruang yang cukup-cukup sahaja pada bucu sebelah kanan untuk dilipat. Kemudian lipat pembalut hadiah sehingga bucunya bertemu dengan bucu kotak seperti didalam gambar.

Tahan dengan menggunakan tangan kiri anda dan lipat seperti didalam gambar.

2. Tarik & Lipat
Tahan lipatan dengan tangan kanan anda seperti didalam gambar.

Kemudian, lipat pembalut tersebut untuk diselitkan seperti didalam gambar.

3. Teruskan Melipat
Tarik lipatan seterusnya ke bahagian atas kotak anda dan selit lebihan pembalut tersebut.


4. Kemaskan Lipatan
Untuk lipatan terakhir, anda akan menggunakan teknik yang sama seperti setiap lipatan anda sebelumnya. Anda boleh gunakan tape untuk melekatkan bucu terakhir anda.


Balut Hadiah Unik
Untuk bahagian seterusnya kami akan kongsikan dengan anda teknik balut hadiah yang agak unik yang mudah untuk anda lakukan. Pembalut hadiah yang lebih keras adalah lebih sesuai untuk menggunakan teknik ini. Jom cuba!
1. Posisikan Kotak
Posisikan kotak seperti didalam gambar. Ia adalah penting untuk memastikan anda mendapat keseimbangan dari segi panjang pembalut hadiah untuk setiap sudut dan sisi.

2. Lipat 2/3 Ke Atas
Lipat bahagian bawah untuk menutupi sekitar 2/3 daripada kotak seperti gambar dibawah.

3. Lipat Kiri dan Kanan
Kalau sekadar melihat tanpa mencuba, pasti anda akan berasa sedikit pening macam mana nak dapatkan bentuk lipatan seperti gambar dibawah kan?

Pegang bahagian yang ingin anda lipat dan tolak ditengah-tengahnya masuk ke dalam untuk mendapatkan bentuk lipatan seperti gambar tersebut. Buat di kedua-dua belah bahagian. Lipatan bahagian luar haruslah sedikit kecil daripada bahagian dalam.

4. Lipat Lipatan Luar Kiri dan Kanan
Langkah seterusnya adalah melipat lipatan luar yang kecil ke dalam seperti didalam gambar.


5. Lipat Lipatan Dalam Kiri dan Kanan
Selesai dengan lipatan kecil dalam, anda boleh teruskan dengan melipat lipatan luar besar kiri dan kanan. Rasanya anda dah mula nampak bentuk balut hadiah yang ingin dihasilkan, betul?

6. Kemas dan Lekat
Untuk langkah terakhir, anda boleh lekatkan ia dengan menggunakan tape. Selesai!

Macam mana? Rasanya dua idea balut hadiah ini adalah sangat menarik dan unik serta dapat memberikan kelainan. Mungkin untuk idea hasil kerja balut hadiah jenis lain pula, kami akan kongsikan lagi di dalam perkongsian yang lain pula.
Semoga perkongsian kali ini dapat memberikan manfaat untuk anda.