Flower delivery kini sudah menjadi seperti trend dalam kalangan rakyat Malaysia untuk memberikan hadiah atau kejutan kepada yang tersayang. Ditambah pula ia sangat sesuai untuk diberikan dalam apa jua keadaan dan sambutan menjadikan ia diantara hadiah yang sangat popular.
Sebagai salah satu daripada surprise planner yang turut menawarkan servis flower delivery di Segamat, kami berasa terpanggil untuk kongsikan dengan anda jenis bunga dan idea hiasan yang macam mana sesuai untuk anda berikan.
Flower Delivery – Kenali Jenis Bunga Untuk Hadiah
Sebenarnya bunga yang anda pilih untuk dijadikan sebagai hadiah buat penerima mengenai apa yang anda fikirkan tentang mereka. Setiap bunga mempunyai ciri yang menjadi simbolik untuk sesuatu.
Dalam perkongsian kali ini, kami akan senaraikan beberapa jenis bunga yang anda boleh berikan kepada insan tersayang. Tak kisahlah apa sekalipun tujuannya, anda boleh memilih salah satu daripada senarai dibawah.
1. Carnation
Carnation atau dalam Bahasa Melayu lebih dikenali sebagai Pokok Bunga Teluki membawa maksud cinta abadi. Tapi ia mempunyai banyak lagi maksud selain itu bergantung pada warnanya.
Warna merah lembut membawa maksud penghargaan, merah gelap membawa maksud cinta yang mendalam dan kasih sayang manakala warna putih pula membawa maksud cinta suci dan “good luck”.
Warna ungu pula membawa maksud kelembutan dan merah jambu pula membawa maksud kepentingan yang teramat sangat. Sangat sesuai untuk anda gunakan perkhidmatan flower delivery kami di Segamat untuk menghantar bunga ini.
2. Gerbera Daisies
Bunga Daisy juga dikenali sebagai bunga aster pula membawa maksud kecantikan dan kesucian. Ada juga yang mengatakan bahawa ia merupakan simbolik kepada kesetiaan.
Jenis bunga Daisy ini pula ada dalam beberapa warna yang berbeza. Memberikan bunga ini kepada insan tersayang pasti akan mampu memberikan keceriaan dalam kehidupannya.
3. Sunflower
Sunflower atau bunga matahari yang mempunyai kelopak bunga yang keluar daripada tengahnya bukan sahaja menyerupai matahari dimana ia mendapat namanya, malah ia juga sentiasa menghadap matahari pada permulaan hari.
Bunga matahari membawa maksud kemesraan dan juga perhargaan. Selain itu, ia turut membawa maksud panjang umur. Ia akan menjadi salah satu hadiah menarik yang anda boleh berikan sebagai tanda keceriaan dan kebahagiaan dalam hidup seseorang.
4. Rose
Siapa je kan yang tak suka bunga rose? Ia merupakan diantara bunga yang sering menjadi pilihan untuk flower delivery. Ada sebabnya juga kenapa ia dikaitkan dengan simbol kekayaan dan berbau wangi kerana ia merupakan pewangi semulajadi.
Bunga rose berbau wangi manis dan boleh dijadikan sebagai hadiah untuk flower delivery bagi sebarang sambutan. Jika anda tidak mempunyai idea mengenai apa yang anda boleh berikan, apa kata anda berikan bunga rose?
5. Daffodil
Bunga Daffodil melambangkan kebahagiaan. Ia menjadi simbolik kelahiran semula atau permulaan baru. Jika anda memberikan ini kepada rakan-rakan atau keluarga, pastikan anda berikan ia didalam jambangan kerana ada yang mengatakan bahawa setangkai sahaja membawa maksud kecelakaan.
6. Orkid
Rupanya yang cantik dan menarik menjadi simbolik kepada kecantikan unik dan semulajadi. Ia juga menjadi diantara pilihan yang ideal bagi mereka yang ingin memberikan kesan yang mendalam dan bermakna kepada penerima.
7. Lily
Bunga Lily menjadi bunga yang simbolik dengan mereka yang lahir pada bulan Mei atau mereka yang meraikan ulang tahun perkahwinan yang ke-30. Lily putih menjadi simbol kepada kesucian dan kehormatan.
Anda boleh tambahkan bunga Lily kedalam senarai hadiah bunga anda dan buatkan mereka yang tersayang berasa istimewa hari ini.
8. Tulip
Sebagai salah satu daripada mereka yang menawarkan servis flower delivery Johor, kami juga selalu mendapat permintaan untuk menghantar bunga tulip. Hal ini kerana bunga tulip kerap dikaitkan dengan cinta.
Jadi, jika anda ingin menzahirkan cinta anda kepada mereka yang istimewa, anda boleh berikan tulip. Jangan risau. Kebanyakan flower delivery Malaysia pasti mempunyai bunga tulip sebagai salah satu bunga pilihan.
Tulip boleh ditemukan dalam warna yang berbeza yang membawa maksud berbeza. Warna merah membawa maksud cinta sejati, warna kuning membawa maksud keceriaan dan kebahagiaan manakala warna ungu membawa maksud bangsawan.
9. Peony
Satu lagi bunga yang disertakan dalam gift flower delivery adalah bunga Peony. Jika anda berkesempatan dengan musimnya, pastikan bunga ini menjadi pilihan anda. Bunga ini biasanya mekar sekitar bulan April dan juga Jun.
Lama sebenarnya untuk menunggu namun ia sangat berbaloi. Ia bukan sahaja mempunyai kelopak yang berwarna-warni malah ia turut mempunyai aroma yang manis dan wangi.
Ia biasanya menjadi simbol asmara dan juga kekayaan. Ia juga dikaitkan dengan nasib yang baik, kemewahan dan juga perkahwinan yang bahagia.
10. Sweet Peas
Ia kerap digunakan sebagai aroma di dalam wangian, losyen, dan produk mandian. Selain itu, ia juga mempunyai abu yang bercampur elok dengan bunga-bungaan yang lain.
Rasanya itu sahaja perkongsian kami kali ini mengenai jenis bunga dan simboliknya yang anda boleh jadikan sebagai panduan ketika anda memilih bunga untuk dihadiahkan sewaktu anda menggunakan servis flower delivery.
Jangan risau jika anda turut mempunyai soalan lain berkaitan jenis bunga atau gubahan kerana kami juga ada sediakan servis ini. Semoga perkongsian ini memberikan banyak manfaat buat anda.