fbpx

Idea Hadiah Hari Jadi Untuk Lelaki

Buat para wanita, saat tibanya hari jadi suami atau ahli keluarga lelaki, pastinya kita ingin berikan hadiah yang mampu untuk memberikan makna buat mereka. Paling tidak, hadiah tersebut haruslah mampu untuk mengukir senyuman di wajah mereka.

Pada masa tersebut, pastinya berbagai idea hadiah hari jadi untuk lelaki kita perlukan. Jangan risau. Sebagai salah satu daripada surprise planner Segamat, kami memang sudah biasa membantu orang ramai dengan cadangan idea hadiah hari jadi untuk lelaki.

Sebenarnya anda tak perlu risau kerana terlalu banyak benda diluar sana yang sangat sesuai untuk dijadikan hadiah hari jadi untuk lelaki. Apa yang anda perlu berikan perhatian adalah samada hadiah tersebut:

  • Berguna untuk dirinya
  • Mudah disimpan
  • Mudah dibawa
  • Kekal lama

Tak perlu untuk ada semua ciri diatas. Cukup sekadar memenuhi salah satu sahaja. Jom baca cadangan idea hadiah hari jadi untuk lelaki yang kami kongsikan dibawah ini.

Hadiah Hari Jadi Untuk Lelaki – Penampilan

Anda boleh kategorikan hadiah-hadiah tersebut mengikut beberapa kategori. Untuk kategori pertama adalah dari segi penampilan. Antara cadangan hadiah hari jadi untuk lelaki dalam kategori ini adalah:

a. Dompet

Hadiah Hari Jadi Untuk Lelaki

Cuba anda perhatikan dompet mereka, adakah ia masih kelihatan baik atau sudah lusuh. Jika sudah lusuh, apa kata anda berikan mereka hadiah sebuah dompet yang baru? Tidak perlu yang terlalu mahal. Cukup sekadar mengikut kemampuan anda.

b. Tali Pinggang

Hadiah Hari Jadi Untuk Lelaki

Jangan terkejut jika anda lihat ramai lelaki yang tidak mempunyai tali pinggang atau mempunyai tali pinggang yang lusuh. Kebanyakan orang lelaki sangat sukar untuk mengganti dompet dan juga tali pinggang ini. Jadi, ia boleh menjadi salah satu daripada hadiah hari jadi untuk lelaki yang terbaik anda boleh berikan.

c. Pencukur Elektrik

Hadiah Hari Jadi Untuk Lelaki

Buat lelaki yang berjambang, anda perlu tahu bahawa diri mereka sebenarnya sangat penat untuk mencukur atau trim setiap hari dengan menggunakan gunting atau pencukur biasa.

Apa kata anda berikan mereka pencukur elektrik? Ia akan menjadi salah satu daripada barang yang akan digunakan secara kerap dan memudahkan urusan mereka. Jika dihadiahkan kepada suami, anda dah tak perlu menghadap jambang suami yang tidak terurus.

d. Minyak Wangi

Hadiah Hari Jadi Untuk Lelaki

Ramai juga sebenarnya orang lelaki yang tidak mempunyai minyak wangi. Buat para isteri, pasti ada diantara anda yang mempunyai suami yang kurang memperuntukkan belanja untuk penampilan dirinya seperti membeli minyak wangi kan?

Jadi, apa kata anda berikan hadiah minyak wangi kepada suami anda bersempena dengan hari jadinya? Lagi seronok nanti untuk anda duduk berkepit dengan suami bila dia sudah semakin wangi.

e. Jam Tangan

Hadiah Hari Jadi Untuk Lelaki

Hadiah jam tangan pasti akan membuatkan mereka lebih menghargainya kerana ia merupakan sesuatu yang boleh dipakai setiap masa. Dengan pemberian hadiah ini, pastinya mereka akan lebih mengingati anda.

Hadiah Hari Jadi Untuk Lelaki – Minat

Sama seperti orang lain. Lelaki juga pasti mempunyai minat mereka yang tersendiri. Jadi, anda boleh juga kategorikan hadiah hari jadi untuk lelaki ini mengikut minat mereka yang tersendiri.

a. Set Memancing

Hadiah Hari Jadi Untuk Lelaki

Buat para wanita yang mempunyai suami atau ahli keluarga yang sangat gemar memancing, apa kata anda ukir senyuman di wajah mereka dengan menghadiahkan set memancing?

Pasti mereka akan tersenyum gembira saat mendapat pemberian tersebut. Namun, pemberian ini sebenarnya agak berisiko. Risau tidak balik ke rumah pula nanti bila dah terlalu seronok memancing. 

b. Permainan Video

Hadiah Hari Jadi Untuk Lelaki

Boleh dikatakan hampir setiap lelaki sangat gemarkan permainan video. Paling tidak, pasti mereka akan bermain bersama rakan-rakan sebarang permainan video yang boleh dimain beramai-ramai menerusi telefon pintar masing-masing.

Selagi mana mereka tidak mengabaikan tanggungjawab, rasanya tiada salahnya untuk anda menghadiahkan mereka set permainan video. Ia akan menjadi salah satu daripada hadiah hari jadi untuk lelaki yang sangat diimpikan oleh mereka.

c. Komik 

Hadiah Hari Jadi Untuk Lelaki

Ramai juga sebenarnya lelaki yang tergolong dalam kategori kaki komik. Apa yang anda perlu tahu adalah, komik jenis mana yang mereka gemar baca. Hal ini kerana ada terlalu banyak jenis komik. 

Sebagai contoh, komik superhero DC dan Marvel, komik Jepun (Manga), komik tempatan keluaran Gempak Starz dan sebagainya. Anda boleh berikan satu koleksi penuh untuk mereka jika anda berkemampuan.

d. Aksesori Motor

Hadiah Hari Jadi Untuk Lelaki

Banyak sebenarnya hadiah hari jadi untuk lelaki dalam kategori ini yang anda boleh berikan. Antaranya adalah helmet, sarung tangan, jaket atau baju hujan. Nak lagi best? Hadiahkan je motosikal terus.

Hadiah Hari Jadi Untuk Lelaki – Kesihatan

Hadiah hari jadi dalam kategori ini pula lebih kepada untuk membawa mereka kepada gaya hidup yang lebih sihat. Antaranya adalah:

a. Punching Bag

Hadiah Hari Jadi Untuk Lelaki

Pasti mereka berasa seronok jika mereka dapat hadiah sebegini. Nak lagi best anda boleh tambahkan juga sarung tangan untuk mereka bertinju. Setidak-tidaknya dapat juga mereka merajinkan diri untuk beriadah.

b. Kasut Sukan

Hadiah Hari Jadi Untuk Lelaki

Mungkin apabila anda menghadiahkan kasut sukan, mereka akan lebih bermotivasi untuk mengamalkan gaya hidup sihat seperti berjogging, hiking dan sebagainya. Mungkin anda boleh sekalikan dengan yuran keahlian mana-mana gym.

c. Jumping Rope

Hadiah Hari Jadi Untuk Lelaki

Seperti sudah menjadi trend dimana orang ramai sangat suka untuk bermain lompat tali. Banyak sebenarnya kelebihan melakukan senaman ini. Apa kata bawa suami atau ahli keluarga lelaki anda untuk turut sama mengikut trend ini?

d. Dumbell

Hadiah Hari Jadi Untuk Lelaki

Sekarang ini sudah ada terlalu banyak set dumbell mampu milik yang anda boleh dapatkan. Berikan sama kepada mereka koleksi video tutorial senaman menggunakan dumbell tersebut.

Hadiah Hari Jadi Untuk Lelaki – Kejutan

Hadiah Hari Jadi Untuk Lelaki

Sebenarnya ada satu cara lagi untuk membuatkan mereka lebih terkesan dengan hadiah yang anda berikan iaitu dengan memberikan mereka kejutan dengan jambangan bunga, coklat dan sebagainya ditambah dengan sebiji kek.

Ia sama seperti apa yang telah kami lakukan kepada kesemua pelanggan kami sejak dari tahun 2014 lagi. Apa yang pasti, ada yang sangat gembira sehingga mengukir senyuman mekar dan tidak kurang juga yang menitiskan air mata kerana terharu.

Apapun, berilah hadiah hari jadi untuk lelaki mengikut kemampuan anda. Jangan bebankan diri anda. Apa yang penting adalah keihklasan didalam setiap pemberian tersebut. 

Itu sahaja untuk perkongsian kali ini. Semoga bermanfaat!

We will be happy to hear your thoughts

Leave a reply

Logo
Register New Account
Reset Password