
Sebagai pasangan, anda pastinya ingin sekali sekala keluarkan kata-kata romantis untuk membuatkan pasangan anda tersenyum malu. Mesti seronok kan? Emosi dan perasaan pasangan anda juga perlu sekali sekala dibelai.
Percayalah jika anda mampu untuk memberikan kata-kata romantik ini pada pasangan anda, hubungan anda berdua akan menjadi lebih baik. Itulah yang kita perlukan sebenarnya apabila menjalani hidup sebagai pasangan.
Jadi, dalam perkongsian kali ini kami ingin membantu anda untuk memberikan anda idea kata-kata romantis yang anda boleh berikan kepada pasangan anda. Kata-kata ini tidak semestinya perlu diungkapkan.
Anda juga boleh berikan ia dalam bentuk WhatsApp atau surat. Surat tersebut boleh diberikan begitu sahaja atau berserta dengan hadiah. Pasti ia akan menjadi lebih romantik.
Jom baca perkongsian beberapa kata-kata romantis daripada kami!
Kata-Kata Romantis – Pengikat Seri Pasangan
Untuk permulaan, anda boleh mulakan dengan kata-kata yang ringkas namun sangat mendalam maksudnya. Macam mana tu? Haa.. Contohnya ada dibawah.
1. Setiap kali melihatmu, pasti aku akan jatuh cinta lagi.

Anda boleh variasikannya sesuai dengan panggilan anda dan pasangan anda seperti:
“Sayang, setiap kali abang tengok sayang kan, mesti abang jatuh cinta lagi”
Boleh juga untuk isteri katakan kepada suami sambil bergurau manja seperti:
“Abang tahu tak, walaupun hari-hari sayang tengok abang, hari-hari jugalah sayang jatuh hati kat abang.”
2. Hanya ada dua waktu dimanaku ingin bersamamu iaitu sekarang dan selamanya.

Sweet habis kan ayat ni? Variasinya juga ada berbeza-beza seperti:
“Sayang nak tahu tak masa mana yang abang nak ada dengan sayang? Masa sekarang dan masa depan untuk selamanya.”
Begitu juga daripada isteri kepada suami seperti:
“Abang, sayang nak ada dua waktu je dengan abang. Abang tahu tak bila? Masa sekarang dan selamanya.”
3. Cintaku padamu ibarat sebuah perjalanan dimana ia selamanya dan tidak akan pernah berakhir.

Wah. Makin lama makin romantik ayat-ayat ni kan? Sama juga seperti ayat-ayat sebelum ini, anda boleh variasikan ia seperti:
“Perjalanan yang paling abang suka adalah perjalanan cinta dan hidup bersama sayang. Abang nak ia kekal selamanya dan tidak akan pernah berakhir.”
Sama juga, anda boleh varisikan ia untuk disesuaikan sebagai kata-kata buat suami anda. Anda juga boleh mengubahnya seperti berikut:
“Abang, sayang nak nikmati perjalanan hidup kita berdua ini untuk selama-lamanya dan tak inginkannya untuk berakhir. Semoga cinta kita hingga ke syurga.”
4. Ketika ku menatap matamu, apa yang ku lihat bukanlah dirimu. Aku melihat hari ini, hari esok dan masa depanku.

Amboi. Bukan main lagi kan ayat ni. Mesti cair dan tersenyum malu pasangan anda kan? Anda boleh sesuaikan mengikut keadaan dan panggilan diantara anda dan pasangan anda.
“Sayang, abang tak nampak sayang la. Tapi abang nampak hari ini, esok dan masa depan abang.”
Sama juga buat isteri jika anda ingin memberikan kata-kata ini buat suami anda. Anda boleh ubah dan sesuaikan dengan panggilan diri anda dan pasangan. Jelas kan apa yang kami maksudkan disini?
5. Mencintaimu bukanlah pilihan, ia merupakan satu kewajipan.

Kata-kata romantis ini jika anda tak ubah sekalipun ia sudah cukup ringkas dan mampu memberikan sensasi yang berbeza buat pasangan anda. Cubalah untuk menuturkan atau setidak-tidaknya menulis kata-kata ini dan berikan pada pasangan anda.
6. Kalau kamu mengingatiku, aku tidak kisah jika orang lain terlupakanku.

Haa.. Kata-kata romantis ini juga boleh anda gunakan kepada pasangan anda. Anda boleh ubah dan sesuaikan dengan panggilan diantara anda dan pasangan anda seperti:
“Sayang, abang tak kisah kalau orang lain terlupa siapa abang selagi mana sayang sentiasa teringatkan abang.”
Boleh juga untuk si isteri tuturkan atau berikan kata-kata ini kepada suami seperti:
“Abang, tadi kan kawan lama sayang boleh terlupa siapa sayang. Tapi sayang tak kisah sebab sayang tahu abang sentiasa teringatkan sayang kan?”
7. Mungkin kamu hanya mampu genggam tanganku sebentar sahaja, tapi hatiku telah kamu genggam buat selamanya.

Makin lama makin sweet kan kata-kata romantis kali ni? Sama seperti yang sebelum-sebelumnya, anda boleh ubah dan sesuaikan dengan anda dan pasangan seperti:
“Sayang, tak best pula jalan tak berpegang tangan. Tapi abang tetap okay sebab sayang dah pegang hati abang selamanya.”
Sama juga buat si isteri, anda boleh gunakan variasi ayat ini kepada suami anda. Mungkin sewaktu anda keluar sendirian, anda hantar WhatsApp berserta gambar tangan anda dan tulis:
“Abang, kali ni sedih sikit la keluar tak pegang tangan abang. Tapi takpe la, abang dah pegang hati sayang selamanya.”
Mesti tersenyum suami anda kalau terbaca ayat macam ni secara tiba-tiba kan?
Kata-Kata Romantis – Kad Ucapan Cinta
Kategori seterusnya lebih kepada ayat yang sesuai untuk anda berikan dalam bentuk bertulis seperti kad ucapan untuk hadiah, nota, surat atau Whatsapp. Jom baca!
8. Kau hadir memberi cinta, membawa bahagia dan menghadiahkan rasa rindu yang tidak pernah habisnya.

Untuk ayat sebegini, anda boleh jadikan ia sebagai kata-kata romantis untuk ucapan seperti ucapan hari lahir, ulang tahun dan sewaktu anda memberikan hadiah untuk apa-apa jua keadaan.
Susunan kata-kata indah sebegini pasti akan memberikan perasaan yang berbeza daripada biasa. Boleh cuba!
9. Rasanya, pada saat ini seluruh alam semesta ada hanya untuk menyatukan kita.

Ayat ini sekalipun bunyinya seperti simple namun ia membawa maksud yang sangat mendalam. Anda boleh gunakan ayat ini di hari ulang tahun anda. Ia pasti akan membuatkan pasangan anda tersenyum gembira saat membaca ayat ini.
10. Jika ku terpaksa memilih diantara kamu atau nyawaku, pasti akan ku pilih kamu kerana kamu adalah nyawaku.

Nak tahu power tak power ayat ni, anda boleh cuba pada pasangan anda. Sebenarnya ayat ni boleh juga anda tuturkan secara spontan yang kena dengan suasana. Anda juga boleh jadikan sebagai nota yang anda tinggalkan pada meja kerjanya, dilekat pada cermin solek atau sebagainya.
Rasanya itu sahaja untuk perkongsian kata-kata romantik kali ini. Apa yang penting adalah anda perlulah bijak memilih masa dan keadaan untuk menuturkan kata-kata cinta ini.
Tak ada salahnya untuk anda sekali sekala berkata dengan kata-kata romantis sebegini kerana ia mampu untuk menjadi pengikat kasih sayang diantara anda dan pasangan. Semoga bermanfaat!

