fbpx

Ucapan Hari Lahir Untuk Ibu – 30 Idea Ucapan Istimewa Buat Ibu

Setiap kali tibanya hari lahir insan tersayang kita iaitu hari lahir ibu, pastinya kita bukan sahaja ingin memberikan hadiah yang terbaik buat dirinya. Kita juga pasti ingin memberikan ucapan hari lahir untuk ibu yang paling bermakna.

Namun, sering sahaja kita kehilangan idea untuk memberikan ucapan hari lahir untuk ibu. Kami di Oh Balloon juga selalu menerima permintaan daripada para pelanggan kami untuk berikan mereka idea ucapan hari lahir untuk ibu ini.

Jadi, untuk perkongsian kali ini kami akan kongsikan dengan anda 30 ucapan hari lahir untuk ibu yang ringkas namun sangat mendalam maksudnya. Semoga bermanfaat!

30 Idea Ucapan Hari Lahir Untuk Ibu

Ucapan Hari Lahir Untuk Ibu

“Selamat hari lahir, ibu. Tiada lain yang ku doakan agar ibu dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia dan diberikan kemudahan didalam setiap urusan ibu. I love you, ibu!”

“Ibu, saat bertambahnya usia diriku ini, makinku sedar bahawa takkan mampu untuk diri ini menghadapi hari-hari mendatang tanpa dirimu disisi. Ku pohon doa dari-Nya agar ibu sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan dipanjangkan usia agar dapat terus ku berbakti buat dirimu. Selamat hari lahir, ibu!”

“Ibu, selamat ulang tahun kelahiran buat dirimu. Terima kasih kerana sentiasa ada untuk diri ini. Di hari yang penuh bermakna ini, diharapkan kejutan ini sedikit sebanyak mampu untuk mengukir senyuman di wajahmu. Selamat hari lahir, ibu”

“Selamat hari lahir ibu. Ibu, ini sahaja yang mampu diberi namun diharapkan ia akan tetap mengukir senyuman di wajah ibu. Doakan biar diri ini mampu untuk lebih membahagiakan ibu dan mampu untuk memenuhi segala impian ibu suatu hari nanti. Saaayang ibu~”

“Engkaulah wanita pertama yang mengajar diri ini akan erti cinta. Engkau jualah yang menunjukkan diri ini apa itu erti sayang. Dari engkau jugalah, diri ini belajar akan erti pengorbanan. Sungguh, tidak akan mampu untuk diri ini membalas pengorbananmu wahai ibuku. Selamat hari lahir, ibu. Terima kasih untuk segalanya.”

Ucapan Hari Lahir Untuk Ibu

“Terima kasih ibu untuk segala pengorbanan yang ibu lakukan selama ini. Hanya Allah S.W.T sahaja yang mampu membalas segala apa yang telah ibu lakukan itu. Semoga ibu sentiasa berada didalam perlindungan, rahmat dan kasih sayang-Nya. Selamat hari lahir, ibu”

“Ibu, tiada seorang pun di dunia ini yang mampu memahamiku sebaik dirimu. Terima kasih kerana selalu ada untukku. Semoga Allah mengabulkan segala doa dan permintaan ibu. Selamat hari lahir. I love you, ibu!”

“Ibu, antara perkara yang paling XX syukuri adalah dilahirkan sebagai anak ibu. Itulah perkara yang paling menggembirakan dan membahagiakan buat XX. Ingin sekali diri ini untuk sentiasa ada disisimu setiap waktu. Sungguh diri ini tidak akan mampu untuk melakukan apa-apa tanpa dirimu. Semoga ibu dilanjutkan usia agar mampu untuk diri ini menemanimu selalu.”

“Ibu, tahu hari ini hari apa? Hari ini hari kelahiran insan yang paling cantik, yang paling baik, yang paling pandai semua perkara. Ia adalah hari kelahiran ibu. Insan pertama yang mengajar diri ini mengenal dunia. Selamat hari lahir, ibu!”

“Selamat hari lahir yang ke-x, ibu. Semoga ibu dikurniakan kesihatan yang baik, dilanjutkan usia, ditambah keimanan, ditingkatkan amalan, dikabulkan segala permintaan dan dilimpahkan rezeki yang berterusan.”

Ucapan Hari Lahir Untuk Ibu

“Ibu, semoga keberkahan sentiasa ada dalam umurmu. Kami disini berharap agar ibu selalu sihat, bahagia, dan dipermudahkan segala urusan. Doakan juga kebaikan buat kami, agar nanti kami akan kekal bersama dengan ibu di syurga.”

“Dalam banyak-banyak hari, hari lahir ibu adalah hari yang paling dinantikan. Nak tahu kenapa? Sebab ia adalah hari lahir insan yang paling disayangi, dicintai dan dirindui. Selamat hari lahir, ibu”

“Ibu, terima kasih kerana membesarkan diri ini dengan penuh cinta, kasih dan sayang. Semoga Allah S.W.T membalas segala kebaikan yang telah ibu lakukan ini di dunia dan juga di akhirat nanti dengan sebaik-baik ganjaran. Selamat hari lahir, ibu”

“Happy Birthday, Ibu! Wah. Betul ke hari ni hari lahir ibu yang ke-xx? Macam tak percaya je la sebab ibu tetap nampak muda dan cantik. Tengok anak juga la kan? Selamat hari lahir ibu. I love you”

“Selamat hari lahir, ibu dari XX sekeluarga. Maaf sebab tak dapat nak celebrate hari lahir ibu sama-sama. Nanti bila dah dapat balik jumpa ibu, kita celebrate lain okay? Tak sabar sangat dah nak jumpa ibu. Dah rindu sangat-sangat dah ni. Semoga ibu happy dengan hadiah dan kejutan yang kami berikan ini. We love you, ibu!”

Ucapan Hari Lahir Untuk Ibu

“Selamat ulang tahun, ibuku sayang! Bagiku, kebahagiaan Ibu adalah kesempurnaan hidupku. XX sangat sayang padamu, ibu. Jangan risau, dalam doaku selalu kusebut namamu, ibu, agar ibu sihat selalu dan panjang umur.”

“Selamat ulang tahun kelahiran wahai insan yang berhati mulia. Doa anakmu ini selalu menyertaimu.”

“Ibu, tak mungkin mampu untuk diri ini membalas segala kebaikanmu. Engkau adalah segalanya bagi dan hanya doa sahaja yang mampu dititipkan olehku. Semoga engkau sentiasa di dalam cinta dan kasih sayang Allah.”

“Selamat hari lahir buat my supermom! Semoga ibu akan terus kuat dan sihat untuk mengerjakan segala aktiviti harian ibu, ibadah dan hobi yang paling ibu suka. Semoga ibu akan kekal bahagia dibawah kasih sayang dan rahmat daripada-Nya”

“Ibu, sekalipun usia ini tidaklah lagi muda, inginku kekal menjadi anak kecilmu. Bergurau, bersenda dan bermanja. Jangan pernah jemu ye ibu? Selamat hari lahir, cinta hatiku.”

Ucapan Hari Lahir Untuk Ibu

“Ibu, tiada lain yang mampu membuatku bahagia melainkan melihat dirimu bahagia. Izinkan diri ini untuk terus berbakti buatmu, ibu. Selamat hari lahir, syurgaku!”

“Mungkin ada masanya diri ini pernah melukai hatimu. Mungkin juga ada masanya diri ini pernah membuatmu terasa. Pasti ada juga detik air matamu berguguran disebabkan oleh diri ini. Ampuni salah silap diri ini terhadapmu, ibu. Sungguh, hanya kini diri ini menyedari betapa pentingnya ibu disisi. Selamat hari lahir, ibu.”

“Andai mampu diundurkan kembali putaran masa, ingin sahaja diri ini kembali ke masa dahulu. Saat masih kecil untuk bermanja denganmu. Untuk meluangkan masa bersama. Untuk menagih kasihmu. Sungguh ku rindu saat-saat dahulu. Maafkanku ibu kerana sekarang makin kurang masa kita bersama. Namun, ketahuilah bahawa dirimu sentiasa berada didalam hati dan doaku setiap waktu. Selamat hari lahir, ibu.”

“Ibu, XX rindu sangat-sangat pada ibu. Maafkan XX sebab tak dapat untuk berada bersama dengan ibu dihari istimewa ibu. XX janji bila XX dapat balik ke kampung untuk berjumpa ibu, kita akan luang masa sama-sama ye? Kita akan celebrate sekali lagi hari jadi ibu, kita akan keluar shopping, keluar makan, jalan-jalan dan apa sahaja yang ibu nak. Apapun, selamat hari lahir, ibu. XX sayang ibu sangat-sangat!”

“Lain rasanya bila sudah menginjak dewasa ini, ibu. Kalau dulu, ibu selalu ada disisi untuk setiap langkah XX. Untuk setiap tindakan XX. Kini, kita mula dipisahkan dengan jarak dan tanggungjawab. XX rindu nak ada dekat dengan ibu, macam dulu-dulu. Ibu doakan XX ye. Biar dapat berbakti lebih lama lagi untuk ibu. Di hari istimewa ibu, XX nak titipkan doa buat ibu agar ibu terus dipanjangkan usia, dikurniakan kesihatan yang baik, dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan dikurniakan syurga di atas segala jasa dan pengorbanan ibu. Selamat hari lahir, ibu.”

Ucapan Hari Lahir Untuk Ibu

“Ibu, maafkan XX sebab hanya mampu kirimkan hadiah dan kejutan sahaja untuk ibu. Tunggu nanti XX balik, kita akan raikan hari jadi ibu dengan semua, okay? Semoga segala doa ibu dimakbulkan oleh Allah S.W.T. Selamat hari lahir, ibu”

“Ibuuuuu! Hehe.. Hari ni hari jadi ibu. Walaupun usia ibu makin bertambah, ibu jangan risau ye sebab ibu tetap cantik dimata XX. Tiada lain yang ingin XX ucapkan selain daripada semoga ibu sentiasa berada didalam lindungan Yang Maha Esa, sentiasa diberikan kemudahan dan kesenangan dalam setiap urusan ibu, dikurniakan kesihatan yang baik supaya ibu dapat melakukan aktiviti ibu dengan selesa dan dilanjutkan usia agar XX dapat bermanja lama lagi dengan ibu. Selamat hari lahir ibu. I love you!”

“Surprise! Hehe.. Ibu, XX harap ibu suka dengan hadiah dan surprise yang XX bagi ni. Nanti kita celebrate sama-sama ye ibu? XX doakan agar ibu kekal sihat, kuat, cantik, dan bahagia macam selalu. Paling XX harapkan adalah agar ibu terus dikurniakan kesihatan yang baik dan dilanjutkan usia supaya kita dapat cipta lagi banyak memori bersama. Selamat hari lahir, ibu!”

“Selamat hari jadi, selamat hari jadi, selamat hari jadi ibu~ Selamat hari jadi~ Ibu, terima kasih kerana menjaga XX dengan penuh kasih sayang daripada kecil. XX harap hadiah dan kejutan dari XX ini mampu untuk mengukir senyum di bibir ibu. Semoga ibu sentiasa berada didalam lindungan dan rahmat Ilahi. Saaayang ibu~”

“Berdebar sebenarnya tunggu hari jadi ibu. XX lama dah rancang nak buat kejutan kat ibu. Ibu terkejut tak? Hehe.. Maaf ye ibu sebab ini je yang XX mampu berikan untuk ibu. XX akan usaha lebih baik lagi untuk berikan lebih lagi buat ibu. Ibu doakan XX ye. XX pun sentiasa doakan ibu. Selamat hari lahir, ibu”

Apa Yang Penting Untuk Ucapan Hari Lahir Untuk Ibu?

Ucapan Hari Lahir Untuk Ibu

Mungkin tak ramai daripada kita yang memiliki keupayaan untuk memberikan kata-kata yang penuh dengan perasaan sebagai ucapan hari lahir untuk ibu. Jangan risau. Anda boleh gunakan apa yang telah kami kongsikan dibawah.

Untuk perkataan yang ditanda dengan X atau XX, anda boleh sesuaikan dengan apa panggilan anda. Begitu juga dengan panggilan untuk ibu anda. Ada yang memanggil ibu sebagai ummi, emak, bonda, mama, mommy dan macam-macam lagi.

Namun semuanya melambangkan perkara yang sama iaitu seorang insan yang berhati mulia yang sanggup bertarung nyawa untuk melahirkan kita, mengorbankan segala-galanya untuk membesarkan kita dan tidak pernah berkira apa-apa untuk kebahagian dan kejayaan kita.

Sebab itulah apa yang paling penting sebenarnya adalah keikhlasan anda. Tiada guna hadiah yang mahal dan ucapan hari lahir untuk ibu yang terlalu luarbiasa penulisannya jika ia tidak datang dari hati anda.

Semoga perkongsian kali ini memberikan manfaat yang banyak buat anda. 

We will be happy to hear your thoughts

Leave a reply

Logo
Register New Account
Reset Password