fbpx

Majlis Hari Jadi Simple

Sambutan atau majlis hari jadi merupakan diantara perkara yang sudah menjadi kebiasaan bagi kebanyakan daripada kita. Sekalipun ia digelar sebagai majlis, bukanlah bermaksud bahawa ia semestinya perlu dilakukan dalam skala dan juga bajet yang sangat besar.

Majlis hari jadi simple pun sudah lebih daripada memadai. Apa yang penting adalah adanya sambutan dan tanda ingatan terhadap insan yang diraikan. Sebab itulah sekarang ini carian untuk majlis hari jadi simple mulai popular di internet.

Majlis Hari Jadi Simple

Kami sendiri pun sebenarnya kerap mendapat soalan dan diminta untuk memberikan idea mengenai majlis hari jadi simple yang boleh dilakukan. Jadi, kami memilih untuk turut sama berkongsi idea tersebut dengan anda menerusi artikel kali ini.

Antara yang paling kerap dicari adalah mengenai idea majlis hari jadi simple untuk anak-anak. Bukan apa. Dalam usia mereka yang masih muda ini dan sementara kebanyakan daripada masa mereka dihabiskan bersama-sama kita, adalah penting untuk kita menghargai kesemua detik ini dengan sebaiknya untuk mencipta memori dan kenangan indah.

Checklist Majlis Hari Jadi Simple

Untuk memudahkan anda merancang majlis hari jadi simple ini, kami telah sediakan checklist istimewa untuk anda. 

1. Deco Majlis Hari Jadi Simple

Majlis Hari Jadi Simple

Antara soalan yang paling kerap ditanya kami adalah idea untuk dekorasi majlis hari jadi. Bagi kami, dekorasi ini perlulah seiring dengan tema yang anda ingin bawakan. Sebagai contoh, jika majlis tersebut adalah untuk anak-anak anda, mungkin tema anda adalah berdasarkan kartun kegemarannya.

Dari situ, lebih mudah untuk anda menentukan dekorasi yang sesuai dari segi:

  • Warna dan hiasan meja kek
  • Warna dan hiasan meja menu majlis hari jadi
  • Pakaian anda, keluarga dan jemputan
  • Pemilihan warna belon

Jadi, tentukanlah temanya terlebih dahulu dan dekorasi anda pula haruslah sesuai dengan tema tersebut.

2. Tentukan Jumlah Jemputan

Majlis Hari Jadi Simple

Jangan ambil mudah berkenaan jumlah jemputan ye. Hal ini kerana anda pastinya tidak ingin jika tetamu yang hadir tidak dapat makan kerana makanan tidak mencukupi disebabkan oleh kesilapan anda menentukan jumlah jemputan dengan sebaiknya.

Sebagai contoh, jika anda menjemput rakan anda atau rakan anak anda, adakah keluarganya akan turut sama serta? Jika ya, berapa ramai anggaran yang akan turut serta?

Semua itu penting untuk anda ambil kira bagi memastikan jumlah makanan untuk menu majlis hari jadi simple anda cukup untuk semua jemputan. 

3. Bajet Majlis Hari Jadi

Majlis Hari Jadi Simple

Haa.. Jangan lupa untuk buat kira-kira atau bajet bagi majlis anda. Hal ini adalah penting bagi mengelakkan anda daripada melakukan pembaziran. Selain itu, ia juga sangatlah penting bagi mengelakkan anda daripada mengalami masalah kewangan selepas selesai majlis.

Selepas anda mendapat gambaran berapa ramai jumlah tetamu yang bakal hadir, dengan bajet ini anda boleh tentukan jenis menu majlis hari jadi yang sesuai juga. Sebenarnya banyak sangat cara untuk anda memastikan menu yang disediakan sedap namun tidak membebankan anda.

4. Pilih Tarikh dan Masa

Majlis Hari Jadi Simple

Kami faham bahawa tarikh hari jadi memang sudah tetap. Namun, tidak bermaksud anda tidak boleh lebih fleksibel dengan mengadakan majlis hari jadi simple tersebut pada hari lain.

Hal ini perlu diambil kira jika anda ingin lebih ramai tetamu dapat hadir. Pada hari bekerja mungkin sedikit sukar untuk mendapatkan jumlah tetamu yang anda inginkan. Jadi, anda mungkin boleh memilih hujung minggu.

Anda juga perlulah pastikan masanya juga sesuai. Jika anda ingin meraikan hari jadi anak yang masih kecil, anda pastinya tahu bila masa anak anda aktif, bila masa anak anda tidur atau bila masanya anak anda meragam. Jadi, pilihlah tarikh dan masa yang paling sesuai.

5. Menu Majlis Hari Jadi

Majlis Hari Jadi Simple

Anda tak perlu risau sebenarnya berkenaan menu majlis hari jadi. Kami ada kongsikan artikel spesifik berkenaan menu majlis hari jadi khas untuk anda.

Baca Juga : Menu Majlis Hari Jadi – Simple, Menarik dan Mengenyangkan

Apa Lagi Untuk Majlis Hari Jadi Simple?

Sebenarnya apa yang paling penting adalah ingatan anda terhadap individu yang diraikan. Jika tidak mampu untuk meraikan bersama-sama dengan jumlah tetamu yang ramai, cukuplah dengan meraikannya bersama-sama ahli keluarga terdekat sahaja.

Anda tidak perlu terlalu mengikut trend orang ramai yang meraikannya secara besar-besaran jika anda merasakan anda tidak mempunyai bajet yang besar untuk majlis tersebut.

Majlis hari jadi simple ini tetap akan bermakna terhadap individu yang diraikan tanpa mengira walau sebesar mana sekalipun sambutannya. Jangan lupa juga untuk membelikan hadiah buat individu yang diraikan.

Majlis Hari Jadi Simple

Jangan risau jika anda tidak mempunyai idea hadiah hari jadi yang menarik kerana kami turut mempunyai beberapa artikel mengenainya untuk memudahkan urusan anda.

Baca Juga : Hadiah Hari Jadi Untuk Ibu – Idea Menarik Untuk Anda

Baca Juga : Idea Hadiah Hari Jadi Untuk Lelaki

Rasanya itu sahaja perkongsian daripada kami kali ini berkenaan majlis hari jadi simple. Kami harapkan agar perkongsian ini memberikan banyak manfaat untuk anda. Oh! Jangan lupa juga untuk membaca perkongsian kami yang lain.

We will be happy to hear your thoughts

Leave a reply

Logo
Register New Account
Reset Password