fbpx

Tanggungjawab Suami

Buat para suami, anda pernah terfikir apa tanggungjawab suami yang sebenarnya dan adakah anda telah memenuhi amanah tersebut dengan sebaiknya? Sebenarnya masih ramai lagi yang terkeliru dengan apa sebenarnya tanggungjawab sebagai seorang suami.

Anda boleh tanya pada sesiapa yang sudah berkahwin. Pasti jawapan yang akan diberikan mereka adalah berbeza. Ada yang memberikan jawapan berlandaskan syariat Islam dan ada juga yang memberikan jawapan berdasarkan logik akal semata-mata.

Sebab itulah kali ini kami di Oh Balloon berasa terpanggil untuk berkongsi dengan anda berkenaan tanggungjawab suami yang anda perlu tahu. Jom baca!

Tanggungjawab Suami Dalam Islam

Tanggungjawab Suami

Didalam Islam, tanggungjawab suami bukan sahaja terhad terhadap tanggungjawab suami kepada isteri malah ia turut melibatkan tanggungjawab suami kepada isteri dan ibu bapa.

Sebelum kami teruskan perkongsian kali ini, kami ingin mengucapkan tahniah kepada anda yang sudah bergelar suami. Bukan mudah untuk memikul amanah dan tanggungjawab sebagai seorang suami ini.

Namun, masih ramai yang belum benar-benar menjalankan tanggungjawab ini dengan sebaiknya. Jadi, marilah kita sama-sama belajar, menambah baik dan betulkan sebarang kekurangan kita dalam melaksanakan tanggungjawab ini.

Tanggungjawab Suami Kepada Isteri

Tanggungjawab Suami

Tanggungjawab suami terhadap isteri ini sangat besar dan luas. Ia sebenarnya ada disentuh didalam kursus perkahwinan. Namun, kursus beberapa hari tersebut seolah-olah kurang memberikan impak kepada para peserta.

Hal ini kerana ada yang sekadar menghadiri kursus tersebut sebagai syarat untuk berkahwin semata-mata. Ada juga yang telah bertahun-tahun lamanya menghadiri kursus tersebut sebelum berkahwin.

Jom kita recap tanggungjawab suami!

1. Mencari Nafkah

Tanggungjawab Suami

Ramai sebenarnya suami yang mencari nafkah namun terlupa pada bab memberi dan menyara keluarga dengan nafkah yang dicari tersebut. Hal ini lebih ketara pada bab nafkah kepada isteri.

Ada sesetengah suami yang merasakan dia tidak perlu lagi untuk memberikan nafkah kepada isteri sekiranya isteri telah bekerja atau mempunyai jawatan yang besar. Inilah sebenarnya silap didalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab sebagai seorang suami.

Buat isteri, sekalipun anda mempunyai kewangan yang stabil, bukanlah menjadi tanggungjawab anda untuk menyara keluarga. Cukuplah sekadar anda membantu sahaja untuk mengurangkan beban suami.

2. Mendidik Isteri dan Anak-anak

Tanggungjawab Suami

Didikan yang paling perlu diberikan keutamaan adalah didikan dari segi agama. Ia merupakan salah satu daripada perkara yang sering diabaikan oleh kebanyakan lelaki yang bergelar suami.

Pendidikan formal sahaja yang biasanya menjadi keutamaan. Kejayaan akademik menjadi ukuran dan bandingan dengan rakan-rakan. Malah ada yang lebih kritikal dimana mereka menganggap pembelajaran dalam bidang agama seperti agak mundur dan dikaitkan dengan pengajian pondok sahaja.

Tanggungjawab memberikan didikan agama kepada isteri dan anak-anak merupakan tanggungjawab suami. Rumahtangga yang dibina tanpa adanya didikan agama yang kuat dan kukuh mudah untuk musnah apabila ditimpa ujian.

3. Menyediakan Tempat Tinggal

Tanggungjawab Suami

Sebagai suami, sudah menjadi tanggungjawab untuk menyediakan tempat tinggal kepada isteri dan anak-anak. Lebih baik untuk tinggal berasingan daripada keluarga sendiri atau keluarga mentua.

Hal ini adalah untuk memberikan privasi dan ruang untuk suami isteri meluangkan masa bersama tanpa perlu untuk si isteri berasa rimas kerana perlu menjaga aurat setiap masa sekalipun di rumah.

Tempat tinggal tidak semestinya rumah mewah yang dibeli sahaja. Rumah yang disewa pun tidak menjadi masalah. Bergantung pada kekuatan kewangan anda. Apa yang perlu diberikan perhatian adalah rumah tersebut mestilah:

  • Selamat
  • Selesa
  • Bersih

4. Memberi Makan dan Minum

Tanggungjawab Suami

Keperluan asas yang perlu disediakan oleh suami adalah memberi makan dan minum. Tak kisahlah samada anda membeli makanan dan minuman siap dari kedai atau memberikan belanja dapur untuk isteri memasak.

Apa yang penting adalah anda perlu berikan kepada isteri dan keluarga anda makan dan minum. Ramai sebenarnya suami yang tersalah faham berkenaan nafkah dan wang belanja dapur.

Bagi mereka, jika sudah diberikan wang belanja dapur, maka tidak perlu lagi untuk mereka berikan nafkah atau wang belanja kepada isteri. Kedua-duanya merupakan nafkah yang berbeza dan perlu diberikan oleh suami.

5. Menjaga Maruah dan Kehormatan

Tanggungjawab Suami

Sebagai seorang suami dan ketua keluarga, penting untuk anda menjaga maruah dan kehormatan isteri dan keluarga anda. Anda tidak boleh untuk bercerita sebarang kelemahan atau kekurangan isteri kepada orang lain.

Selain itu, anda juga perlu sediakan dan pastikan pakaian yang dipakai oleh isteri dan keluarga anda adalah menutup aurat serta patuh pada syariat. Jika ada yang tidak kena, anda perlu menegur supaya mereka menutup aurat dengan sempurna.

6. Memberi Nafkah Zahir dan Batin

Tanggungjawab Suami

Sudah menjadi tanggungjawab suami juga untuk memberikan nafkah zahir dan batin kepada pasangan anda. Antara perkara yang termasuk dalam kategori nafkah zahir adalah seperti berikut:

  • Tempat tinggal
  • Pakaian
  • Makan dan minum
  • Belanja keperluan diri
  • Keselamatan

Selain itu, untuk hal yang melibatkan nafkah batin pula adalah perkara seperti:

  • Agama
  • Emosi
  • Rohani
  • Seksual

Tapi, ramai sebenarnya suami yang lebih fikirkan seksual semata-mata apabila melibatkan nafkah batin ini. Jika perkara lain yang melibatkan emosi dan mental tidak diberikan perhatian, ia boleh membawa kepada masalah rumahtangga juga.

Sebagai suami, jadilah seorang suami yang menjalankan tanggungjawab suami dengan sebaiknya. Belajarlah apa yang perlu dilakukan oleh seorang suami. Elakkanlah diri kita daripada dipersoal di akhirat kelak jika tanggungjawab ini tanpa sedar kita abaikan.

Rasanya itu sahaja perkongsian kali ini mengenai tanggungjawab suami. Semoga bermanfaat!

1 Comment
  1. Ada lagi tak perkongsian lain tak drpd ini ?

Leave a reply

Logo
Register New Account
Reset Password