fbpx

7 Tips Bahagia & Kekal Gembira Setiap Hari

Definisi gembira itu mungkin berbeza untuk setiap individu. Masing-masing mempunyai cara bahagiakan diri sendiri. Mungkin bagi anda, merasakan ketenangan terhadap siapa anda merupakan suatu bentuk kegembiraan.

Mungkin juga dikelilingi oleh rakan-rakan dan keluarga yang memahami akan membuatkan anda berasa gembira. Boleh jadi juga kebebasan untuk anda melakukan apa sahaja yang anda ingini adalah bentuk kegembiraan yang anda idamkan.

Tips Bahagia

Tak kisahlah walau apa sekalipun cara bahagia anda, selagi mana anda boleh hidup lebih gembira, berpuas hati dengan kehidupan anda dan selagi ia tidak menyalahi hukum syarak, gembirakanlah diri anda.

Jika anda masih lagi belum berjaya untuk mencapai erti gembira anda, jom baca perkongsian ini. Dalam perkongsian kali ini, kami akan kongsikan dengan anda beberapa tips bahagia yang mudah untuk anda lakukan..

Tips Bahagia Untuk Anda

Apa yang kami bakal kongsikan ini boleh dilakukan sebagai salah satu ikhtiar dan cara bahagia setiap hari. Ia merupakan perkara asas yang ramai terlepas pandang dan sangat mudah untuk dilakukan. Antara tips bahagia tersebut adalah:

a. Senyum

Tips Bahagia

Memang tidak dapat dinafikan bahawa anda mungkin seorang yang peramah dan sentiasa tersenyum saat bertemu dengan orang lain. Namun, ramai yang terlupa untuk menghadiahkan senyuman kepada diri mereka sendiri.

Mulakanlah pagi anda dengan senyuman. Sebaik sahaja anda bangun dari tidur, pandanglah diri anda didalam cermin dan hadiahkanlah senyuman terindah buat diri anda sendiri.

Melalui senyuman, anda akan membuatkan otak anda untuk merembes dopamine. Ia merupakan sejenis hormon yang akan membantu kita untuk merasa lebih gembira dan bahagia.

b. Bersenam

Tips Bahagia

Ramai daripada kita yang sudah terlalu lama tidak mempunyai masa untuk bersenam. Bayangkanlah kerja seharian pun sudah memakan masa hampir setengah hari. Balik daripada kerja sudah tentulah letih dan tiada masa untuk bersenam.

Sebenarnya itulah apa yang menyebabkan kita mulai berasa tertekan. Hal ini kerana badan kita sendiri tidak berada pada kondisi yang terbaik. Kesannya, badan kita akan mulai mudah untuk diganggu dengan rasa stress, anxiety dan juga depression.

Jadi, luangkanlah masa anda sekurang-kurangnya seminggu tiga kali untuk lakukan senaman. Mahu berlari, joging, mahupun berbasikal ikut keselesaan anda. Bersenam dalam tempoh 30 minit sehingga ke 1 jam pun sudah memadai. Lebih bahagia apabila dapat melakukan secara bersama suami dan isteri.

c. Tidur Mencukupi

Tips Bahagia

Jika anda perhatikan, dalam fasa kehidupan kita, kita hanya akan terlebih atau tidak cukup tidur. Sudah lama rasanya kita tidak benar-benar berada di dalam fasa mendapat tidur yang mencukupi.

Sebagai contoh, sewaku kita bergelar seorang pelajar, kita kerap kali mengabaikan tidur yang mencukupi kerana dibebani dengan tugasan dan pelajaran. Risau jika tidak dapat memberikan yang terbaik dan lulus dengan cemerlang.

Sewaktu bergelar pekerja pula, ada kemungkinan kita tidak akan cukup tidur atau terlebih tidur. Contohnya, jika gaji yang diberikan tidak mencukupi, jadi kita terpaksa untuk melakukan pekerjaan tambahan selepas waktu bekerja.

Begitu juga sewaktu hujung minggu dimana kita memilih untuk tidur lebih lama sebagai ganjaran buat diri yang sudah penat bekerja. Tidur yang mencukupi sangat diperlukan untuk kesihatan, fungsi otak dan juga emosi.

Untuk mengetahui berapa jam tidur yang paling sesuai untuk anda, anda perlu melakukan sedikit kajian. Mulakan dengan tidur selama 6 jam dan lihat bagaimana perasaan dan keadaan diri anda keesokan harinya. Jika tidak sesuai, ubah waktu tidur tersebut sehingga sesuai.

d. Jaga Pemakanan

Tips Bahagia

Ramai yang mengabaikan kesan corak pemakanan kepada tubuh badan dan juga minda. Makan secara tidak sihat akan menyebabkan badan anda menjadi lebih lemah dan tidak bertenaga.

Hal ini secara tidak langsung akan memberikan kesan juga terhadap minda anda. Sebab itulah kita disarankan untuk makan secara seimbang dan tidak terlebih atau terkurang dalam pengambilan makanan.

Antara jenis makanan dan kesan yang anda akan terima:

  • Karbohidrat akan merembes serotonin iaitu hormon yang akan membuatkan anda berasa selesa. Namun, pastikan anda mengambil makanan yang tinggi gula dan kanji ada kadar minimum sahaja.
  • Daging tidak berlemak dan produk tenusu yang kaya dengan protein pula akan merembes dopamine dan norepinephrine yang akan membantu meningkatkan tenaga dan juga daya tumpuan anda.
  • Makanan yang diproses atau berminyak akan membuatkan anda berasa penat dan tidak selesa. Sama juga sekiranya anda skip makan.

e. Bersyukur

Tips Bahagia

Tips bahagia yang seterusnya adalah bersyukur dengan apa yang anda ada setiap hari. Ia juga boleh dijadikan tips bahagia rumah tangga dimana anda mensyukuri dan melihat yang baik-baik sahaja pada pasangan anda.

Jangan terlalu melihat keburukan pasangan kerana kita sendiri tidak sempurna. Untuk tips bahagia bersama pasangan, sentiasalah memuji segala kebaikan dan kelebihan yang ada padanya. Biar dia tahu bahawa anda bersyukur memilikinya sebagai pasangan anda.

Begitu juga saat melihat keadaan disekeliling anda. Jika anda masih mempunyai kedua ibu bapa, bersyukurlah kerana ramai yang hanya mampu menanggung kerinduan abadi. Jika anda mempunyai anak-anak, bersyukurlah kerana ada yang masih menanti walaupun sudah lama berkahwin. Jika anda masih ada pekerjaan, bersyukurlah kerana masa sekarang ini ramai yang sudah dibuang kerja.

Tidak perlu tunggu perkara yang besar-besar sahaja untuk anda bersyukur. Bersyukurlah dengan segala-galanya pasti anda akan menjadi lebih bahagia.

f. Memberikan Pujian

Tips Bahagia

Tips bahagia ini juga boleh menjadi tips bahagia dengan pasangan anda. Rajinkan dan ikhlaskan diri anda untuk memuji orang lain. Bukan mengampu ye. Ia lebih kepada latihan untuk membuatkan anda mampu untuk melihat kebaikan yang ada pada diri orang lain.

Dengan cara ini juga anda akan sentiasa melihat perkara-perkara yang positif sahaja. Apabila kurangnya rasa negatif dalam diri, sudah pastinya anda akan menjadi lebih gembira daripada biasa.

g. Gembirakan Orang Lain

Tips Bahagia

Pastinya anda pernah dengar kan mengenai bahagiakan orang lain untuk anda berasa bahagia. Selalu tak tengok jutawan yang berasa serba tidak cukup dengan kekayaan yang dimiliki? Kemudian, apabila dia mula memberi kepada orang lain, dia jadi semakin susah untuk berhenti memberi?

Itulah apa yang berlaku saat anda menggembirakan orang lain. Anda juga akan menjadi sangat gembira. Mungkin itulah keberkatan didalam setiap rezeki yang dimiliki kita. Saat kita memberikan kepada orang lain, barulah ketenangan dan kegembiraan itu dapat dirasai.

Antara cara termudah untuk anda gembirakan orang lain adalah dengan bersedekah atau memberikan hadiah kejutan buat mereka. Ia merupakan apa yang dikongsi sendiri oleh para pelanggan kami mengenai sebab kenapa mereka suka untuk membuat kejutan kepada orang lain.

Begitu juga dengan kami sendiri. Membantu orang lain menyampaikan amanah dan menggembirakan pelanggan dan juga penerima turut membuatkan kami berasa gembira. Info lanjut mengenai servis kami ada DISINI.

Kesimpulan Tips Bahagia

Tips Bahagia

Itu sahaja perkongsian kami kali ini mengenai tips bahagia. Memang tidak dinafikan bahawa cara gembira dan bahagia setiap individu adalah berbeza. Namun, apa yang kami kongsikan tadi pastinya mampu untuk membantu anda mencapai kegembiraan tersebut.

Semoga apa yang kami kongsikan ini mampu untuk memberikan manfaat buat anda.

We will be happy to hear your thoughts

Leave a reply

Logo
Register New Account
Reset Password