Penghargaan buat pelanggan Oh Balloon

Hampir seminggu ia telah berlalu baru hari ini terasa mahu berkongsi kegembiraan bersama anda.

Pagi Selasa minggu yang lalu kami terima kiriman foto keratan akhbar melalui aplikasi whatsapp daripada seorang kawan mengucapkan tahniah kepada Oh Balloon.

Alhamdulillah, setelah hampir 3 tahun penjenamaan semula dilakukan kini Oh Balloon boleh dikatakan hampir setiap hari menerima tempahan untuk melakukan kejutan dan diundang untuk menceriakan majlis keraiaan yang dianjurkan oleh pelanggan.

Ayah sedang membaca artikel tentang Oh Balloon.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pelanggan Oh Balloon dan kawan-kawan yang banyak memberikan sokongan. Ketahuilah bahawa tanpa kalian sudah tentu Oh Balloon tidak mampu capai sehingga ke tahap ini.

Terima kasih kepada krew Oh Balloon yang sentiasa bertungkus lumus menjalankan tanggungjawab yang diberikan. Jadikanlah ia sebagai pembakar semangat untuk kalian berkhidmat dengan lebih berdedikasi dan produktif.

Terima kasih buat mak dan ayah yang sentiasa mengiringi doa buat anaknya yang nakal.

Untuk baca artikel penuh klik pautan tentang kami.

Secret of living is giving

Acik
OhBalloon
www.ohballoon.my
Surprise Planner & Balloon Services

We will be happy to hear your thoughts

Leave a reply

Logo
Login/Register access is temporary disabled
WhatsApp chat