fbpx

Kenangan Ngeri Oh Balloon

Dalam keadaan hujan yang lebat lewat petang tadi perlu setup satu dekorasi belon untuk majlis hari jadi dan dua surprise delivery di Jementah, Segamat, Johor.

Kita dah mula risau seandainya lokasi sambutan hari jadi itu dalam keadaan terbuka kerana antara kelemahan belon helium ini tidak boleh kena air (sikit takpe).Kandungan air lebih berat daripada gas helium, apabila dibasahi air hujan yang lebat akan menyebabkan belon helium tidak mampu terapung.

Surprise Package Hot Air Balloon yang telah siap sebelum dihantar kepada penerima.

Dahulu masa mula-mula buat bisnes belon memang tak pernah tahu perkara ini. Pada masa itu setup belon untuk majlis perasmian di Labis. Hujan turun sekejap lebat dan renyai manakala 200 biji belon itu dibiarkan bermandi hujan, tiba-tiba ia mula menurun dan tidak mampu untuk menaikkan bunting yang tergantung.

Lebih malang lagi, apabila hujan dah reda angin pula kuat, perasmi pula tak muncul tiba. dan tidak lama sebelum acara perasmian dimulakan tak semena-mena tali belon yang dipegang terputus pula. Belon dan bunting tadi pun terbang bebas ke udara.

Nah, belum rasmi lagi belon dah terbang ke udara.
Redha ajelah.

Delivery surprise dalam keadaan hujan yang lebat.

We will be happy to hear your thoughts

Leave a reply

Logo
Register New Account
Reset Password