
Petang semalam Cikgu Ikmal dari SK Kg Raja Pagoh telah memulangkan kembali peralatan giant bubble di kedai.
Krew kata esok pagi kena hantar kepada Cikgu Faizal di Pagoh pula untuk kegunaan Hari Keusahawan SK Kg Bharu Lenga.
Dalam perjalanan ke Pagoh pagi tadi tertarik dengan pemandangan yang cantik di sekitar Kampung Sawah Ring, Grisek lalu terlihatlah satu kedai yang menyediakan sarapan pagi.

Kundas
Balik dari Pagoh kami pon singgah untuk menikmati sarapan pagi di sini. Menariknya antara menu yang disediakan termasuklah lontong goreng dan kuih kundas. Kuih ini di makan dengan kuah kacang.
Kundas, kali pertama dengar nama dan merasa. Orang-orang terdahulu mungkin lebih mengetahui kot.