Terlalu banyak sumber motivasi yang boleh digunakan sebagai rujukan dan motivasi setiap hari antaranya mendengar rakaman audio dan melihat video yang dimuatnaik pakar motivasi terkenal di Malaysia. Selain daripada itu kita juga boleh mendapatkan motivasi daripada lagu, drama dan juga filem.
Sebagai usahawan, kita sememangnya memerlukan semangat juang dan motivasi yang sangat tinggi untuk meneruskan kehidupan dari sehari ke sehari. Ibarat tanaman yang memerlukan penjagaan rapi dan disiram agar tumbuh subur.
Dunia ini akan terus berputar tanpa mengenal kompromi dan jika kita enggan berubah untuk menjadi yang lebih baik, justeru kita akan ketinggalan dan akan merugikan diri sendiri.
Maka dengan sebab itu kami di Oh Balloon telah mengumpulkan lebih daripada 200 koleksi mutiara kata pilihan dari tokoh-tokoh yang terkenal di dunia yang akan dikongsi di laman Facebook dan Instagram Oh Balloon setiap hari jam 9.00 pagi.
Jom ‘like’ facebook Oh Balloon dan ‘follow kami di Instagram untuk lihat mutiara kata pilihan yang dikongsi.