fbpx

Menu Majlis Hari Jadi – Simple, Menarik dan Mengenyangkan

Merancang majlis hari jadi pastinya akan menjadi satu perkara yang amat rumit bagi bagi sesetengah individu. Bukan semua orang mampu untuk melakukan perancangan ini dengan baik. Tambah-tambah bab memilih menu majlis hari jadi.

Banyak kerisauan yang akan bermain di fikiran saat memikirkan menu majlis hari jadi ini. Risau tak sedap, risau tak kena dengan selera tetamu, risau tidak mencukupi dengan jumlah tetamu dan macam-macam lagi.

Sebab itulah penting untuk anda merancang menu hari jadi dengan sebaiknya. Jom kami kongsikan dengan anda faktor yang anda perlu pertimbangkan semasa menentukan menu majlis hari jadi dan cadangan menu yang sesuai. Jom baca!

Merancang Menu Majlis Hari Jadi

Antara faktor yang anda perlu pertimbangkan adalah :

a. Untuk Siapa Majlis Tersebut Diadakan

Menu Majlis Hari Jadi

Betul. Siapa yang menyambut majlis tersebut haruslah diberikan perhatian terlebih dahulu. Hal ini kerana anda perlu memastikan menu yang dipilih boleh dimakan oleh individu yang diraikan.

Sebagai contoh, individu yang diraikan adalah kanak-kanak, jadi anda boleh memilih menu berikut sebagai menu utama:

  • Kek berdasarkan kartun/cerita kegemaran
  • Makanan kegemaran
  • Makanan yang lama diidamkan
  • Biskut yang dibentuk khas

Menu utama yang sesuai untuk orang dewasa pula adalah:

  • Kek (jenis dan kemanisan bergantung pada tahap kesihatan)
  • Makanan kegemaran
  • Makanan yang dah lama diidamkan

Penting untuk anda memastikan menu utama tersebut kena dengan selera individu yang diraikan. Barulah betul-betul bermakna untuk individu tersebut kan? Jika mereka ingin makan makanan kegemaran, masaklah dengan seikhlas hati dan penuh dengan kasih sayang.

Jika tidak tahu cara untuk memasaknya, dapatkan daripada kedai yang paling disukainya. Kita mestilah ingin mereka tersenyum gembira kan?

b. Tetamu Yang Dijemput

Menu Majlis Hari Jadi

Sekalipun ia merupakan sambutan hari jadi untuk orang dewasa, jika yang menghadirinya lebih ramai kanak-kanak, anda perlu menyesuaikan menu majlis hari jadi tersebut dengan siapa yang menghadirinya. Jadi, perlu ada variasi disini.

Jika dalam ahli keluarga terdekat sahaja, anda boleh memilih hidangan yang biasa dimakan sewaktu hari-hari penting keluarga anda. Anda boleh juga menghidangkan menu seperti:

  • Bihun Goreng
  • Bihun Sup
  • Mee Kari
  • Nasi Ayam

c. Tema Majlis Hari Jadi

Menu Majlis Hari Jadi

Tema majlis hari jadi juga akan menentukan jenis menu majlis hari jadi anda. Cuba untuk sesuaikan menu pilihan anda dengan tema yang dibawa. Ada yang memilih tema yang ceria, jadi anda boleh masukkan menu sampingan seperti:

  • Macaroon
  • Donut
  • Waffle
  • Ais Krim
  • Brownies

d. Bajet

Faktor ini juga merupakan diantara faktor yang paling penting dan perlu diberikan tumpuan. Berapa bajet anda sebenarnya? Banyak menu majlis hari jadi yang boleh disediakan tanpa memerlukan bajet yang besar malah lebih sedap, banyak dan menyelerakan.

Cadangan Menu Majlis Hari Jadi

Kami akan pecahkan senarai dibawah kepada menu utama dan menu sampingan untuk majlis hari jadi. Jom baca!

Menu Utama Majlis Hari Jadi

Sebelum kita terus ke menu utama, jika anda rasakan kek adalah sesuai, anda boleh dapatkan kek yang ditempah khas daripada mana-mana pembuat atau kedai kek. Anda juga boleh dapatkan kek yang sudah siap dan menambah kata-kata atau ucapan istimewa bersempena majlis hari jadi tersebut sahaja.

Cadangan Menu Utama

1. Nasi Ayam

Menu Majlis Hari Jadi

Siapa yang tak suka makan nasi ayam kan? Sebenarnya ia juga termasuk dalam kategori makanan yang sesuai untuk dijadikan menu utama sewaktu majlis hari jadi.

2. Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah

Menu Majlis Hari Jadi

Nasi lemak menjadi diantara menu kegemaran hampir semua lapisan usia. Ditambah pula dengan lauk seperti ayam goreng berempah. Pasti menaikkan selera bukan sahaja insan yang diraikan malah para jemputan juga.

3. Nasi Beriani

Menu Majlis Hari Jadi

Alamak. Makin bertambah senarai, makin kecur pula air liur ni. Tak perlu nak ulas panjang sangat bab nasi beriani ni. Anda pun mesti tengah menelan air liur kan?

4. Nasi Daging Air Asam

Menu Majlis Hari Jadi

Antara menu yang menjadi kegemaran ramai. Nasi daging tanpa air asam memang akan rasa seperti tidak lengkap. Anda boleh memilih untuk memasaknya sendiri atau menempah sahaja.

5. Bihun Goreng

Menu Majlis Hari Jadi

Nampak simple namun saat dihidangkan dalam majlis sebegini, pasti ia akan menjadi diantara menu yang paling cepat dihabiskan. Tiada masalah pun untuk anda sekadar menghidangkan bihun goreng. Anda boleh lengkapkan dengan berbagai jenis menu sampingan lain.

6. Laksa Utara

Menu Majlis Hari Jadi

Laksa ada bermacam jenis. Semuanya sedap-sedap belaka. Namun, laksa utara biasanya mampu untuk diterima oleh semua lapisan masyarakat. Jadi, pemilihannya sebagai menu utama turut mampu menaikkan selera.

7. Nasi Hujan Panas

Menu Majlis Hari Jadi

Bila duduk di Malaysia, memang macam ni la kan? Semua makanan sedap-sedap dan boleh dijadikan menu utama bukan sahaja sebagai menu majlis hari jadi. Antaranya ialah Nasi Hujan Panas. Ia juga boleh dijadikan menu untuk sebarang jamuan yang lain juga. 

Cadangan Menu Sampingan

Sebagai pelengkap kepada menu utama anda, anda boleh masukkan menu-menu berikut kedalam menu majlis hari jadi anda:

1. Macaroon

Menu Majlis Hari Jadi

Bentuknya yang menarik dan warnanya yang pelbagai mampu membuatkan orang ramai memilih untuk memakannya. Ditambah pula dengan rasanya yang sedap, memang cukup syarat sebagai menu sampingan buat anda.

2. Apam Polkadot Viral

Menu Majlis Hari Jadi

Apam ini menjadi viral suatu masa dahulu dan kekal viral sehingga ke hari ini. Rasanya pun tidak dapat dinafikan sangat sedap. Anda boleh cuba hidangkan menu ini di majlis hari jadi nanti.

3. Donut

Menu Majlis Hari Jadi

Donut sekalipun anda hidangkan donut gula semata-mata pasti akan membuatkan jemputan anda berebut untuk mendapatkannya. Belum lagi jika anda menghidangkan donut yang lebih fancy.

4. Waffle

Menu Majlis Hari Jadi

Jika anda mampu menyediakan waffle pastinya ia akan menjadi diantara tarikan terutamanya selepas selesai menikmati menu utama. Bukan kanak-kanak sahaja yang suka, orang dewasa pun sama.

5. Nuget

Menu Majlis Hari Jadi

Nuget memang tidak dapat dinafikan mempunyai ramai peminat. Kami berani jamin dalam masa sekelip mata sahaja ia akan habis licin. Pastikan anda membeli nuget daripada jenama yang berkualiti supaya sedap untuk dinikmati oleh para tetamu anda.

Rasanya itu sahaja perkongsian kami kali ini mengenai menu majlis hari jadi. Tak boleh nak senaraikan banyak sangat sebenarnya sebab makin kuat meneguk air liur. Semoga perkongsian ini memberikan banyak manfaat buat anda.

2 Comments
  1. salam nak sambut Ahad ni

Leave a reply

Logo
Register New Account
Reset Password