fbpx

Hadiah Hari Jadi Untuk Perempuan

Hari jadi merupakan diantara hari yang paling dinanti-nanti oleh mana-mana individu. Begitu juga buat mereka yang rapat dengan individu tersebut. Mereka juga akan turut sama berasa teruja untuk menyambutnya.

Namun, akan ada satu masalah yang pastinya akan dialami setiap kali tibanya masa untuk menyambut hari jadi iaitu pemilihan hadiah. Jangan risau kerana untuk perkongsian kali ini, kami akan sentuh mengenai idea hadiah hari jadi untuk perempuan pula.

Sebagai salah satu daripada surprise planner Segamat dan juga diantara penawar servis surprise delivery Segamat, kami sudah terbiasa dengan soalan daripada pelanggan kami mengenai idea hadiah hari jadi untuk perempuan yang sesuai.

Rasanya dah tiba masa untuk kami kongsikan dalam bentuk senarai yang lebih terperinci bagi memudahkan anda semua. Jom baca!

Hadiah Hari Jadi Untuk Perempuan – Trend

Jika hadiah hari jadi untuk perempuan ini adalah kejutan hari jadi untuk isteri, kejutan hari jadi untuk kekasih atau kejutan hari jadi untuk kawan sekalipun, ada satu kategori idea hadiah yang anda boleh jadikan rujukan iaitu berdasarkan trend semasa.

1. Robot Vacuum

Hadiah Hari Jadi Untuk Perempuan

Hadiah ini sesuai untuk diberikan kepada ibu atau isteri. Hal ini kerana ia sangat membantu dalam urusan harian untuk mengemas rumah. Mudah pun mudah. Hidupkan ia dan biarkan ia menyedut segala debu dan habuk di lantai.

2. Thermomix

Hadiah Hari Jadi Untuk Perempuan

Sebenarnya hadiah ini termasuk dalam kategori hadiah yang agak mahal. Namun, harga dan fungsinya memang sangat berpatutan. Ia mampu untuk membantu menyelesaikan masalah penyediaan makanan. Anda juga tidak perlu risau kerana sekarang ini sudah ramai yang menawarkan bayaran secara ansuran untuk produk ini. Bagi kami, ia termasuk dalam kategori hadiah hari jadi untuk perempuan yang agak premium.

3. Dust Mites Vacuum

Hadiah Hari Jadi Untuk Perempuan

Salah satu perkakas yang menjadi trend sekarang ini adalah Dust Mites Vacuum. Ia merupakan vacuum yang berfungsi untuk menyebut hama dan habuk pada tilam, kusyen dan sebagainya.  

Hadiah Hari Jadi Perempuan – Hobi, Minat & Gaya Hidup

Sama seperti dalam perkongsian sebelum ini, anda juga boleh berikan hadiah berdasarkan hobi dan minat sebagai hadiah hari jadi untuk perempuan. Hadiah sebegini juga pastinya akan lebih dihargai kerana ia lebih dekat dengan jiwa mereka.

1. Kasut Sukan

Hadiah Hari Jadi Untuk Perempuan

Sekarang kan ramai yang memilih untuk menjalani gaya hidup sihat. Jadi, hadiah hari jadi untuk perempuan seperti kasut sukan pastinya menjadi salah satu daripada hadiah yang sangat sesuai untuk diberikan.

2. Basikal

Hadiah Hari Jadi Untuk Perempuan

Tak perlu beli basikal mahal-mahal pun boleh. Ada banyak lagi jenis basikal lain seperti folding bike yang boleh dilipat dan mudah untuk disimpan. Orang perempuan kan nak sentiasa menjaga bentuk dan berat badan. Jadi, hadiah sebegini pasti akan memberikan motivasi tambahan buatnya.

3. Tudung Sukan

Hadiah Hari Jadi Untuk Perempuan

Tudung sentiasa menjadi masalah bagi orang perempuan sebenarnya. Hal ini kerana mereka lebih memilih untuk mempunyai tudung yang bersesuaian dengan aktiviti yang ingin dilakukan. Jadi, apa kata jika anda berikan mereka tudung sukan sebagai hadiah? Ia pasti akan membantu mereka untuk lebih mudah untuk keluar beriadah.

4. Set Pinggan

Hadiah Hari Jadi Untuk Perempuan

Sekarang ini sudah menjadi kegemaran atau boleh juga dikata sebagai kegilaan sebahagian besar daripada orang perempuan untuk mengumpul set pinggan mangkuk. Tambah-tambah jika sudah bergelar seorang ibu atau isteri. Memang automatik akan suka mengumpul set-set sebegini.

5. Set Berkebun

Hadiah Hari Jadi Untuk Perempuan

Ramai juga yang sudah mulai suka untuk berkebun atau setidaknya menanam bunga. Jadi, apa kata jika anda berikan hadiah hari jadi dalam kategori ini untuk mereka? Ia pasti akan mengukir senyuman bahagia pada wajah mereka.

6. Set Menjahit

Hadiah Hari Jadi Untuk Perempuan

Aktiviti sebegini sebenarnya mampu untuk menjadi satu bentuk terapi yang baik bagi orang perempuan. Ia akan mampu untuk mengelakkan mereka daripada berasa bosan atau tertekan dengan aktiviti harian jika mereka mempunyai hobi yang boleh mereka lakukan.

7. Set Pisau

Hadiah Hari Jadi Untuk Perempuan

Buat orang perempuan yang suka untuk memasak, mereka pastinya tahu bahawa ada masanya mereka berharap agar ada jenis pisau yang lebih sesuai untuk potongan atau bahan tertentu. Jadi, pemberian hadiah set pisau ini pasti akan memudahkan kerja mereka di dapur.

Hadiah Hari Jadi Untuk Perempuan – Fesyen

Antara jenis hadiah yang paling mudah untuk diberikan adalah hadiah dalam kategori fesyen. Antaranya adalah:

1. Tudung

Hadiah Hari Jadi Untuk Perempuan

Tudung sekarang ini turut disertakan dengan kotak ekslusif untuk setiap pembeliannya. Ia sekaligus memudahkan urusan anda untuk memikirkan kotak apa yang sesuai untuk digunakan bagi membungkus hadiah tersebut. Koleksi yang ada juga sudah semakin banyak. Apa yang anda perlu tahu adalah tudung jenis apa yang diminatinya sahaja.

2. Kasut Wanita

Hadiah Hari Jadi Untuk Perempuan

Ada sesetengah wanita tidak mempunyai pilihan kasut yang banyak untuk urusan hariannya. Mungkin mereka ini jenis yang tidak kisah sangat akan apa yang ingin dipakai. Namun percayalah bahawa jika anda menghadiahkan kasut buat mereka, mereka akan sangat menghargainya.

3. Jam Tangan

Hadiah Hari Jadi Untuk Perempuan

Sebuah lagi hadiah yang sangat sesuai untuk dijadikan hadiah hari jadi untuk perempuan adalah jam tangan. Pastikan anda memilih jenis jam tangan yang sesuai dengan perwatakan individu tersebut.

4. Beg Tangan

Hadiah Hari Jadi Untuk Perempuan

Salah satu aksesori fesyen yang sangat diminati oleh orang perempuan adalah beg tangan. Anda boleh merancang untuk membeli lebih awal dan menunggu tibanya musim diskaun dan sales jika anda ingin memberikan hadiah beg tangan berjenama namun tanpa perlu untuk berbelanja lebih.

5. Baju Kurung

Hadiah Hari Jadi Untuk Perempuan

Sekarang kan ada banyak sangat jenama baju kurung yang memeberikan lebih banyak pilihan untuk anda. Jadi, anda tak perlu pening-pening untuk memikirkan dimana anda nak mencari koleksi baju kurung terkini.

Hadiah Hari Jadi Wanita – Gajet

Gajet juga menjadi kegilaan ramai sekarang ini. Jika anda mempunyai modal yang lebih, anda boleh memilih idea yang kami cadangkan ini sebagai hadiah hari jadi yang sesuai untuk diberikan.

1. Fitness Tracker

Hadiah Hari Jadi Untuk Perempuan

Ada banyak jenis dan jenama sebenarnya yang anda boleh pilih untuk dijadikan hadiah. Apa yang lebih menarik adalah ia turut ditawarkan dalam banyak jenis warna yang menarik dan sesuai untuk orang perempuan. 

2. Headphone

Hadiah Hari Jadi Untuk Perempuan

Kalau anda perasan, gajet seperti headphone menjadi diantara pilihan kebanyakan orang perempuan. Mereka suka untuk memakai headphone lebih daripada memakai earphone. Jadi, apa kata jika anda memilih headphone yang mempunyai corak dan warna yang sesuai dengan individu tersebut?

3. Wireless Keyboard

Hadiah Hari Jadi Untuk Perempuan

Biasanya orang perempuan juga sangat suka untuk menggunakan wireless keyboard berbanding keyboard sedia ada. Mungkin disebabkan oleh mereka boleh untuk duduk lebih jauh daripada laptop atau skrin. 

4. Portable Blender

Hadiah Hari Jadi Untuk Perempuan

Boleh kan masukkan blender mudah alih ini dalam kategori gajet? Ia sangat sesuai dijadikan sebagai hadiah kerana ia akan memudahkan urusan orang perempuan untuk menghasilkan jus diet, jus untuk kecantikan kulit dan wajah serta yang lain-lain.

Rasanya itu sahaja perkongsian kali ini mengenai idea hadiah hari jadi untuk perempuan. Anda boleh jadikan perkongsian kami ini sebagai panduan supaya anda lebih terbuka dalam pemilihan hadiah ini.

Semoga apa yang kami kongsikan ini memberikan banyak manfaat buat anda. Jangan lupa untuk membaca perkongsian kami yang lain juga!

1 Comment

Leave a reply

Logo
Register New Account
Reset Password