Masih terbayang lagi wajahnya yang kelihatan sangat gembira sehinggakan tidak mampu untuk menahan air mata mengalir lalu diusap pipinya yang basah perlahan-lahan menggunakan hujung baju tangan.
Isteri mana yang tidak terkejut apabila secara tiba-tiba dapat kejutan daripada suami. Nampak sahaja 3 biji belon berbentuk hati warna merah di bawa keluar dari dalam kereta terus kedengaran dia bersuara,
“Sempena apa… Sempena apa ni?”
Langkahnya terhenti seketika dan hanya menanti kita dan isteri menuju ke arahnya menyerahkan kiriman coklat dan jambangan bunga.
“Sempena apa eh… Puan baca kad ucapan pada jambangan bunga itu dahulu ya.” Balas isteri kita.
Dengan segera dia ambil jambangan bunga mencari dimana letaknya kedudukan kad ucapan lalu dibuka dan hanya membaca di dalam hati.
“𝙃𝙞 𝙨𝙖𝙮𝙖𝙣𝙜…. 𝙎𝙚𝙡𝙖𝙢𝙖𝙩 𝙝𝙖𝙧𝙞 𝙧𝙖𝙮𝙖 𝙨𝙖𝙮𝙖𝙣𝙜𝙠𝙪… 𝙇𝙪𝙫 𝙪… 𝙏𝙚𝙧𝙞𝙢𝙖 𝙠𝙖𝙨𝙞𝙝 𝙨𝙚𝙗𝙖𝙗 𝙟𝙖𝙙𝙞 𝙬𝙞𝙛𝙚 𝙗, 𝙩𝙚𝙧𝙞𝙢𝙖 𝙠𝙖𝙨𝙞𝙝 𝙨𝙚𝙗𝙖𝙗 𝙟𝙖𝙙𝙞 𝙞𝙗𝙪 𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙖𝙣𝙖𝙠-𝙖𝙣𝙖𝙠 𝙗, 𝙩𝙚𝙧𝙞𝙢𝙖 𝙠𝙖𝙨𝙞𝙝 𝙨𝙚𝙗𝙖𝙗 𝙟𝙖𝙜𝙖 𝙗 𝙙𝙖𝙣 𝙖𝙣𝙖𝙠-𝙖𝙣𝙖𝙠.
𝙈𝙞𝙣𝙩𝙖 𝙢𝙖𝙖𝙛 𝙨𝙚𝙗𝙖𝙗 𝙗 𝙙𝙖𝙣 𝙖𝙣𝙖𝙠-𝙖𝙣𝙖𝙠 𝙨𝙪𝙨𝙖𝙝𝙠𝙖𝙣 𝙨𝙖𝙮𝙖𝙣𝙜. 𝙏𝙚𝙧𝙞𝙢𝙖 𝙠𝙖𝙨𝙞𝙝 𝙨𝙚𝙗𝙖𝙗 𝙨𝙚𝙩𝙞𝙖 𝙙𝙖𝙣 𝙨𝙪𝙨𝙖𝙝 𝙨𝙚𝙣𝙖𝙣𝙜 𝙨𝙖𝙢𝙖 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙗. 𝙅𝙖𝙜𝙖 𝙗 𝙬𝙖𝙡𝙖𝙪𝙥𝙪𝙣 𝙠𝙞𝙩𝙖 𝙙𝙞𝙙𝙪𝙜𝙖 𝙢𝙖𝙘𝙖𝙢-𝙢𝙖𝙘𝙖𝙢 𝙩𝙖𝙝𝙪𝙣 𝙣𝙞 𝙩𝙖𝙥𝙞 𝙗 𝙩𝙖𝙪 𝘼𝙡𝙡𝙖𝙝 𝙣𝙖𝙠 𝙗𝙖𝙜𝙞 𝙨𝙚𝙨𝙪𝙖𝙩𝙪 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙡𝙚𝙗𝙞𝙝 𝙗𝙖𝙞𝙠 𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙛𝙖𝙢𝙞𝙡𝙞 𝙠𝙞𝙩𝙖.
𝘽 𝙙𝙖𝙣 𝙖𝙣𝙖𝙠-𝙖𝙣𝙖𝙠 𝙨𝙖𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙖𝙬𝙖𝙠 𝙨𝙖𝙣𝙜𝙖𝙩-𝙨𝙖𝙣𝙜𝙖𝙩.
𝘼𝙬𝙖𝙠𝙡𝙖 𝙥𝙚𝙧𝙢𝙖𝙞𝙨𝙪𝙧𝙞 𝙨𝙖𝙮𝙖 𝙙𝙪𝙣𝙞𝙖 𝙖𝙠𝙝𝙞𝙧𝙖𝙩. 𝙈𝙖𝙘𝙖𝙢 𝙨𝙚𝙡𝙖𝙡𝙪 𝙗 𝙘𝙖𝙠𝙖𝙥 𝙬𝙖𝙡𝙖𝙪 𝙗 𝙩𝙖𝙠 𝙙𝙖𝙥𝙖𝙩 𝙗𝙖𝙜𝙞 𝙖𝙬𝙖𝙠 𝙖𝙥𝙖-𝙖𝙥𝙖 𝙠𝙖𝙩 𝙙𝙪𝙣𝙞𝙖 𝙣𝙞 𝙗 𝙙𝙤𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙖𝙠𝙝𝙞𝙧𝙖𝙩 𝙨𝙮𝙪𝙧𝙜𝙖 𝙗𝙖𝙜𝙞 𝙖𝙬𝙖𝙠.
𝘽 𝙨𝙖𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙖𝙬𝙖𝙠 𝙨𝙖𝙣𝙜𝙖𝙩-𝙨𝙖𝙣𝙜𝙖𝙩.”
Suasana sepi seketika. Dari riang senyum gembira awal tadi terus berubah air muka kemerahan lalu dipeluk jambangan bunga yang diterima dengan erat.
“Thank you… Thank you…. Thank you……..” Katanya berulang kali.
Jelas kelihatan dia tidak mampu lagi untuk menahan, lalu air matanya jatuh berguguran. Berulang kali diusap dengan tangan. Dia masih lagi cuba lagi untuk bertahan lalu dia berkata lagi.
“Sebab dia lumpuh ada kat Segamat, baru lepas kena strok.”
Tergamam kita seketika, kita cuba tahan emosi kita dan cuba buat dia ketawa, Tidak disangka rupa-rupanya pengirim yang juga merupakan suaminya berada dalam keadaan lumpuh. Dia pula bekerja dan setiap hari perlu berulang alik dari Segamat ke Tangkak.
Berat sungguh dugaan untuk mereka.
Demi untuk menyampaikan ucapan terima kasih, bersungguh suami buat tempahan surprise agar dapat dikirimkan kepada isteri yang banyak berkorban untuk diri dan anak-anak.
Mudah-mudahan pengirim diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan hendaknya. Semoga penerima juga diberi kekuatan untuk menjaga suami dan anak-anaknya.