Ukir Senyuman
di Wajah Insan Tersayang
Dengan Kejutan Yang Mengujakan
Bayangkan pada hari-hari penting insan tersayang kita seperti hari lahir ibu atau bapa, pasangan kita, atau sahabat dunia akhirat kita, tiba-tiba datang jambangan bunga atau hadiah yang dihias cantik dan istimewa.
Ditambah pula dengan ucapan yang indah penuh dengan emosi dan perasaan, pastinya senyuman akan terukir pada wajah mereka.
Itulah yang
Oh Balloon lakukan
Beri kejutan istimewa buat insan kesayangan anda sekalipun mereka jauh di mata.
Sukar untuk kita ada bersama mereka kerana kekangan masa.
Payah untuk kita mengucapkan rasa kasih, sayang dan cinta.
Kadang cuma kiriman doa dan hadiah istimewa yang mampu kita sampaikan kepada mereka.
Itupun melalui surprise planner yang menyediakan perkhidmatan penghantaran hadiah dan kejutan.
Untuk memastikan ia sempurna, pastinya anda perlukan surprise planner yang pakar dan tahu apa yang terbaik.
Dipercayai sejak tahun 2015 lagi..
Semuanya bermula dengan permintaan seorang rakan yang berada di Kuala Lumpur dan jauh daripada ibunya di Segamat, Johor. Siapa sangka sejak dari tarikh tersebut, Oh Balloon semakin mendapat kepercayaan daripada mereka yang berada di Segamat dan sekitar untuk delivery surprise kepada insan tersayang.
Banyak peristiwa gembira, juga sayu dan menyayat hati saat kami di Oh Balloon menyampaikan amanah surprise yang dikirim.
Ada kisah suami lumpuh menempah pakej kejutan dengan kami khas untuk isterinya yang sanggup berulang alik bekerja dari Segamat ke Tangkak sehingga mengalir air mata si isteri saat menerima surprise dan membaca ucapan penuh rasa cinta daripada suami.
Perasaan tatkala berada dalam momen-momen sedemikian sangat sukar untuk kami ungkapkan dengan kata-kata. Sekaligus menjadikan kami lebih bersemangat untuk menyampaikan amanah dengan sebaiknya untuk lebih ramai lagi di luar sana.
Kami ingin menjadi penghubung kepada kerinduan dan kasih sayang tanpa menjadikan batas jarak antara anda dan insan tersayang sebagai penghalang.
Kami ingin menjadi penghubung kepada kerinduan dan kasih sayang tanpa menjadikan batas jarak antara anda dan insan tersayang sebagai penghalang.
Kenapa Pilih
Oh Balloon?
Pengalaman kami dalam menjalankan amanah untuk menyampaikan hadiah, ucapan dan kejutan adalah senjata terkuat kami di Oh Balloon. Kami menawarkan pelbagai servis dan bentuk hadiah yang sesuai untuk diberikan untuk apa jua sambutan sekalipun.
Anda namakan sahaja, pastinya kami ada atau kami usahakan untuk menjadikan ia realiti buat anda. Tiada yang lebih bermakna selain membantu menghubungkan sesama insan dengan kegembiraan. Setiap ukir senyuman itu juga sangat bermakna buat kami.
Oh Balloon juga pernah mendapat liputan akhbar disebabkan oleh kepercayaan orang ramai terhadap kualiti servis yang kami tawarkan. Populariti yang diraih oleh Oh Balloon itu sendiri merupakan salah satu bukti bahawa kami merupakan pilihan utama untuk surprise delivery.

Siapa Sepatutnya Guna Servis
Oh Balloon?
-
Suami yang nak beli jiwa isteri
-
Isteri yang nak surprisekan suami
-
Anak yang jauh dari emak dan ayah
-
Mak dan abah yang mahu raikan anak-anak
-
Sahabat sebagai tanda ingatan tulus ikhlas
-
Kawan yang nak gembirakan hati kawan-kawannya.
-
Pesakit nak ucapkan terima kasih kepada jururawat dan doktor
-
Rakan sepejabat sebagai iringan hadiah perpisahan
-
Mak saudara untuk anak buahnya yang baru melahirkan cahaya mata
Tak kira siapa pun anda,
kerana rindu, cinta dan kasih sayang itu milik semua.
Begitu juga dengan kebahagiaan.
Semua insan berhak untuk berasa bahagia dan membahagiakan.
Lokasi Delivery Surprise
Servis penghantaran pakej Surprise Oh Balloon meliputi keseluruhan kawasan di bawah:-
-
Segamat
-
Tangkak
-
Muar
-
Asahan
-
Jasin
-
Gemas
-
Gemencheh
-
Felda Selancar
Waktu Penghantaran
Waktu surprise delivery Oh Balloon terbahagi kepada dua sesi sahaja setiap hari.
Sesi Pagi
9.30 pagi – 12.30 tengahari
Sesi Petang
2.30 petang – 5.30 petang
Mereka kata...
Service yang mantap kebabommmm!! Even make order 1week awal dari date delivery and ada sikit perubahan last2 day..oh balloon still bole buat!! Thanks team oh balloon for the special surprise for my beloved one!!! 🤗🤗🤗 this is 2nd Time I order with oh balloon..❤️❤️❤️
Awesome service, easy to deal, able to coop with short notice request, so kind & very helpful during the whole process of ordering. Thank you for accepting my last minute orders….. Highly recommended!!!!!
Amazingly lovely people who are always there to make sure you get your surprises and delivery done. Especially when we ourselves cannot be there to celebrate a special occasion with our love ones. Easy to deal with. Straight forward to the point. Keep up the good work guys! Semoga success selalu 😘
Bravo’s to Oh Ballon team. Excellent job !! Last minutes and I am far away from my mom, but they make us closer! The price also affordable and guess what?? It come together with the video too~ Thank you.
Alhamdulillah and thanks a lot Oh Ballon for the awesome service! Speaking with the service team helped me get exactly what I want.. (I’ve made some changers in da pakage😅) well done oh Ballon and u deserves the 5 stars!
Soalan Yang Sering Ditanya..
Ada kad ucapan tak?
Ada, setiap pakej surprise Oh Balloon akan diberikan kad ucapan secara percuma.
Boleh hantar surprise waktu malam?
Maaf, selepas PKP kami tidak hantar lagi surprise pada waktu malam.
Berapa harga pakej surprise Oh Balloon?
Pakej delivery surprise bermula dari harga RM70 dan ke atas.
Ada bouquet bajet tak?
Ada, anda boleh datang self pickup di premis Oh Balloon.
Surprise bajet bawah RM50 ada?
Maaf, tiada!