fbpx

Pondok Mentong menyediakan sarapan pagi dan makan tengahari

Jika masih belum ada idea nak makan di mana hari ini apa kata berjalan sedikit jauh dari bandar Segamat untuk menikmati juadah di Pondok Mentong, Baru Anam, Segamat.

Terletak di sebelah kanan jalan bypass UiTM Segamat ke Batu Anam (jarak tak sampai 500 meter selepas Pulapol jika datang dari arah UiTM) dan sebelah kiri sebelum Pulapol sekiranya dari arah Batu Anam ada menyediakan beberapa menu istimewa untuk sarapan pagi dan makan tengahari.

Beberapa minggu lalu, Baldu Biru kawan di laman muka buku ada komen minta kita singgah di Pondok Mentong menikmati juadah yang disediakan.

Penulis dan isteri bersama pemilik Pondok Mentong

Kebetulan tengahari semalam selepas selesai penghantaran pakej surprise di Kampung Gelang Chinchin kami pun buat keputusan ikut jalan bypass Batu Anam untuk pulang ke kedai dan dapatlah juga singgah seketika menikmati juadah makan tengahari di Pondok Mentong.

Kita makan nasi berlaukkan ikan patin masak lemak tempoyak dan ulam sayur manakala isteri menikmati lontong kering (darat). Sampai licin juga kita kerjakan dan yang pastinya juadah yang disediakan oleh tukang masak ini sangat sedap.

Lontong darat, menu sarapan pagi istimewa setiap hari

Memandangkan mereka baru sahaja mengusahakan kedai makan ini sejak Disember 2017 yang lalu sempatlah juga kita bersembang dan bertukar pandangan mengenai asam garam dunia perniagaan.

Bagi kita, perniagaan kedai makan ni sebenarnya tak kisah pun letak di mana dan harganya berapa yang penting layanan yang bagus manakala juadah yang disediakan itu sedap dan mampu memuaskan selera pelanggan.

Insan biasa yang mempunyai pemikiran serta sudut pandang berbeza dan suka buat orang gembira.

Comments

Add a comment

mood_bad
  • No comments yet.
  • chat
    Add a comment
    keyboard_arrow_up