fbpx

Taman Batu Hampar Segamat – Destinasi Pilihan Tahun 1980an-1990an

Selepas delivery surprise di Buloh Kasap terus ke bandar untuk selesaikan beberapa urusan sebelum penghantaran surprise seterusnya pada sebelah petang di Taman Yayasan. Dalam keadaan tergesa-gesa tadi tak sempat nak ambil gambar custom package yang ditempah oleh pelanggan di kedai.

Jadi, selesai sahaja urusan di bandar kita pun ligat memikir tempat yang sesuai untuk mengambil gambar pakej Hot Air Balloon special request daripada pelanggan ini, lalu terlintas di kepala untuk bergambar di Taman Batu Hampar (Rock Garden) yang dahulunya pernah menjadi tempat tumpuan.

Awal tahun 90an, nak lepak santai di kawasan terbuka di Segamat cuma ada dua tempat, satu di padang Segamat (kini Dataran Segamat) dan satu lagi di Rock Garden.

Custom package surprise atas permintaan pelanggan Oh Balloon

Rock Garden dahulunya menjadi destinasi pilihan keluarga untuk beriadah, tempat lepak anak-anak muda menunjuk aksi kehebatan masing-masing selain terdapat juga taman permainan dan aktiviti-aktiviti sampingan.

Rimbunan pohon serta pokok yang tebal selain permukaannya berbukit dan berbatu menjadikan kawasan yang tersembunyi itu sedikit sunyi dan telah digunakan sebaiknya oleh anak muda ketika itu untuk dijadikan sebagai lokasi percintaan.

Jika tak silap, pada masa itu ada kedai makan yang sedap tapi tak pasti sekarang dah pindah ke mana.

Hot Air Balloon istimewa permintaan pelanggan.

Insan biasa yang mempunyai pemikiran serta sudut pandang berbeza dan suka buat orang gembira.

Comments

Add a comment

mood_bad
  • No comments yet.
  • chat
    Add a comment
    keyboard_arrow_up