fbpx

Who’s Next – Siapa bakal menerima surprise seterusnya?

Who’s Next merupakan satu rancangan video bersiri pertama Oh Balloon yang berdurasi antara satu (1) hingga dua (2) minit dengan memaparkan rakaman video aksi spontan penerima kejutan Oh Balloon dan akan dimuatknaik sepenuhnya di channel Oh Balloon TV di laman Youtube.

Setelah 3 tahun Oh Balloon mengendalikan perkhidmatan surprise delivery di Segamat, Tangkak, Muar, Gemas, Gemencheh Negeri Sembilan, Jasin dan Asahan, Melaka kini tiba masanya untuk kami menambah satu lagi ruangan perkongsian yang sebelum ini hanya berkongsi gambar penerima di facebook Oh Balloon.

Youtube menjadi laman sosial pilihan untuk kami kongsikan video penerima surprise sama ada belon helium, flower bouquet, chocolate bouquet dan lain-lain pakej surprise delivery yang disediakan oleh Oh Balloon.

 

Namun tidak semua penerima kejutan boleh dibuat liputan dan rakaman video kerana ia bergantung kepada banyak faktor termasuk situasi penerima ketika menerima kejutan, permintaan pengirim, lokasi yang bersesuaian dan lain-lain faktor yang kami fikirkan wajar untuk membuat rakaman.

Kebiasaannya video akan dirakam atas permintaan pengirim, produk baru yang dikeluarkan Oh Balloon dan situasi yang mengizinkan untuk krew Oh balloon membuat rakaman bagi tujuan siri video Who’s Next.

Walapun begitu, kami tetap komited untuk memastikan siri video Who’s Next ini dapat dikemaskini setiap hari di Oh Balloon TV.

Bagi anda yang tidak mahu ketinggalan untuk menyaksikan Who’s Next ini disarankan supaya subcribes Oh Balloon TV di Youtube sekarang!

 

Insan biasa yang mempunyai pemikiran serta sudut pandang berbeza dan suka buat orang gembira.

Comments

Add a comment

chat
Add a comment
keyboard_arrow_up